Masalah Alam Sekitar—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?
“Kecemasan iklim telah membawa masalah yang serius kepada ekosistem dan masyarakat umum. Perubahan iklim telah menyebabkan ribut taufan yang semakin dahsyat dan membawa banyak kemusnahan. Akibatnya, kehidupan orang dan sumber pendapatan mereka terjejas. Selain itu, suhu lautan yang meningkat menjejaskan ekosistem laut dan mengancam banyak hidupan.”—Inger Andersen, penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pengarah eksekutif Program Alam Sekitar PBB (UNEP), 25 Julai 2023.
Adakah pihak kerajaan di seluas dunia dapat bekerjasama untuk menyelesaikan semua masalah ini? Adakah mereka dapat memberikan penyelesaian yang kekal?
Bible kata bahawa terdapat satu kerajaan yang dapat dan akan menyelesaikan semua masalah alam sekitar. Menurut Bible, “Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan.” (Daniel 2:44) Kerajaan ini akan memerintah seluruh bumi dan menyelesaikan semua masalah kita. Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, tiada sesiapa pun “akan mengakibatkan kecederaan atau kerosakan” kepada satu sama lain atau bumi.—Yesaya 11:9.