Peringatan Kematian Yesus
Isnin, 22 Mac 2027
Setiap tahun, Saksi-Saksi Yehuwa memperingati kematian Yesus seperti yang diperintahkan olehnya, “Teruslah melakukan hal ini untuk mengenang aku.”—Lukas 22:19.
Anda dan keluarga anda dijemput untuk menghadiri acara ini.
Soalan Lazim
Siapakah yang boleh hadir acara ini?
Semua orang dialu-alukan. Anda boleh jemput kawan atau keluarga anda juga.
Berapa lamakah program ini?
Program ini berlangsung kira-kira satu jam.
Di manakah lokasi program ini?
Sila hubungi Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan anda untuk maklumat lanjut.
Adakah terdapat komitmen atau bayaran untuk menghadiri acara ini?
Tidak.
Adakah terdapat pungutan wang untuk acara ini?
Tidak. Tiada pungutan wang dibuat untuk mana-mana perjumpaan kami.—Matius 10:8.
Bagaimanakah seharusnya pakaian hadirin?
Walaupun tiada peraturan tentang hal ini, Saksi-Saksi Yehuwa berusaha untuk berpakaian sopan dan menunjukkan hormat terhadap acara mulia ini.
Apakah yang akan berlaku semasa acara Peringatan ini?
Acara ini bermula dan berakhir dengan nyanyian lagu dan doa. Terdapat ceramah Bible yang menjelaskan pentingnya kematian Yesus dan bagaimana kita meraih manfaat daripada apa yang telah dilakukan oleh Tuhan dan Kristus demi kita.
Untuk maklumat lanjut, lihat rencana “Mengapakah Cara Saksi-Saksi Yehuwa Menyambut Perjamuan Malam Tuan Berbeza daripada Agama Lain?”
Bilakah sambutan Peringatan yang seterusnya akan diadakan?
2027: Isnin, 22 Mac
2028: Ahad, 9 April
2029: Khamis, 29 Mac

