Epidemik Kesunyian—Bagaimanakah Anda Dapat Mengatasinya?
“Kira-kira 50 peratus orang dewasa di Amerika Syarikat kata bahawa mereka rasa sunyi, dan kebanyakannya merupakan pemuda-pemudi yang berumur dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun.”—Our Epidemic of Loneliness and Isolation: The U.S. Surgeon General’s Advisory on the Healing Effects of Social Connection and Community, 2023.
“[Pertubuhan Kesihatan Sedunia] telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Perhubungan Sosial untuk menangani masalah kesunyian sebagai ancaman kesihatan global. Suruhanjaya ini juga akan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan hubungan sosial. Usaha untuk membantu orang mengatasi masalah kesunyian akan terus ditingkatkan di semua negara, tidak kira yang berpendapatan tinggi atau rendah.”—Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 15 November 2023.
Bible mengandungi nasihat praktikal yang dapat bantu kita membina hubungan yang baik dengan orang lain dan mengatasi perasaan sunyi.
Prinsip Bible yang dapat membantu
Kurangkan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan anda mengasingkan diri. Ini mungkin termasuk penggunaan media sosial yang terlalu banyak. Carilah masa untuk bergaul dengan orang secara bersemuka dan membina persahabatan yang sejati.
Prinsip Bible: “Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih; sahabat sejati bagaikan saudara kandung yang dapat diharapkan pada masa kesusahan.”—Amsal 17:17.
Carilah peluang untuk membantu orang lain. Apabila kita berbuat baik terhadap orang lain, hal ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kita dengan mereka, tetapi juga buat kita lebih gembira.
Prinsip Bible: “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”—Kisah 20:35.
Layarilah laman web kami untuk lihat lebih banyak maklumat daripada Bible yang dapat bantu anda membina persahabatan yang baik.