LAGU 134
Anak-Anak Anugerah Tuhan
-
1. Ketika suami dan ist’ri
Digelar sebagai ibu bapa,
M’reka harus ingat bahawa
Ini amanah dari Yah.
Cahaya mata anugerah
Dari Tuhan, sumber kehidupan.
Kepada semua ibu bapa
Yehuwa berikan pedoman.
(KORUS)
Kamu telah dikurniakan
Anugerah yang berharga.
Ajar anak kasihi Tuhan
Dari lubuk hati m’reka.
-
2. Segenap perintah Tuhan
Haruslah terukir di hatimu.
Semaikannya di hati anak;
Inilah tanggungjawabmu.
Ajar m’reka setiap waktu,
Bila saja ada kesempatan.
Moga sepanjang hayat m’reka
Setia dan diberkati Tuhan.
(KORUS)
Kamu telah dikurniakan
Anugerah yang berharga.
Ajar anak kasihi Tuhan
Dari lubuk hati m’reka.
(Lihat juga Ul. 6:6, 7; Ef. 6:4; 1 Tim. 4:16.)