Jawapan Bible
Apakah masa depan umat manusia?
Manusia memang akan terus membuat kemajuan dari segi sains. Tetapi mereka tidak dapat membina sebuah masyarakat sedunia yang mengambil berat terhadap satu sama lain. Hal ini kerana manusia sering kali bersifat tamak dan mementingkan diri. Namun, Tuhan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk umat manusia.—Baca 2 Petrus 3:13.
Firman Tuhan menggambarkan masa depan yang baik bagi umat manusia. Pada masa itu, manusia akan mengasihi satu sama lain. Mereka akan hidup dalam keadaan yang selamat dan tiada orang akan bertindak ganas.—Baca Mikha 4:3, 4.
Bagaimanakah sifat mementingkan diri akan dilenyapkan?
Pada mulanya, manusia pertama tidak mempunyai kecenderungan untuk mementingkan diri. Tetapi selepas mengingkari Tuhan, mereka menjadi tidak sempurna. Kita mewarisi sifat mementingkan diri daripada mereka. Namun Tuhan berjanji untuk menjadikan umat manusia sempurna sekali lagi menerusi Yesus.—Baca Roma 7:21, 24, 25.
Korban tebusan Yesus akan memansuhkan kesan dosa daripada pemberontakan manusia pertama. (Roma 5:19) Hal ini selaras dengan kehendak Tuhan. Jadi kita berpeluang untuk menikmati masa depan yang bebas daripada sifat mementingkan diri.—Baca Mazmur 37:9-11.