Yehuwa ialah Tuhan yang Teratur
‘Tuhan ialah Tuhan yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan.’
1, 2. (a) Siapakah ciptaan pertama Tuhan, dan bagaimanakah Tuhan menggunakannya? (b) Apakah yang menunjukkan bahawa malaikat-malaikat juga teratur?
YEHUWA, Pencipta kita, melakukan segala perkara dengan tertib. Ciptaan pertama-Nya ialah Yesus. Dia dipanggil “Firman itu” kerana dia ialah jurucakap utama Tuhan. Bible menyatakan, ‘Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Tuhan.’ Bible juga menyatakan, ‘Tuhan menjadikan segala sesuatu melalui dia [Firman itu]. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa dia.’ Lebih dari 2,000 tahun yang lalu, Yehuwa mengutus Firman itu ke bumi untuk melaksanakan kehendak-Nya. Di bumi, Firman itu dikenali sebagai Yesus Kristus.
2 Sebelum datang ke bumi, Yesus dengan setia melaksanakan tugas sebagai “jurubina” Bapanya. (Ams. 8:30) Melalui Yesus, Yehuwa mencipta jutaan makhluk roh di syurga. (Kol. 1:16) Bible menyatakan, ‘Beribu-ribu malaikat berada di situ untuk melayani Yehuwa, dan berjuta-juta malaikat berdiri di hadapan-Nya.’ (Dan. 7:10) Makhluk roh yang begitu banyak sekali juga dikenali sebagai “tentera syurga” yang teratur.
3. Berapakah jumlah bintang dan planet? Bagaimanakah susunan bintang dan planet?
3 Bagaimana pula dengan ciptaan lain seperti bintang-bintang dan planet-planet? Sebuah akhbar melaporkan bahawa kebelakangan ini ahli sains mendapati bahawa terdapat “300 sextillion” bintang, iaitu 3 diikuti 23 angka sifar! Jumlah ini tiga kali ganda jumlah bintang yang dikira ahli sains dahulu. Kumpulan bintang ini membentuk galaksi. Setiap galaksi mengandungi berbilion ataupun bertrilion bintang dan planet. Kumpulan galaksi akan disusun menjadi gugusan dan kemudian diatur ke dalam gugusan yang lebih besar.
4. Mengapakah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Yehuwa juga mengatur umat-Nya di bumi?
4 Ketertiban makhluk-makhluk syurga dan alam semesta amat menakjubkan. (Yes. 40:26) Maka, adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Yehuwa juga mengatur umat-Nya di bumi. Tuhan ingin mereka menjaga ketertiban yang baik kerana mereka mempunyai banyak tugas yang penting. Selama ribuan tahun, Yehuwa telah mengatur umat-Nya supaya mereka dapat beribadat kepada-Nya dengan setia. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Dia menyokong mereka dan Dia ialah “Tuhan yang suka akan ketertiban.”
UMAT TUHAN TERATUR PADA ZAMAN KUNO
5. Bagaimanakah tujuan Tuhan bagi bumi tergendala?
5 Selepas mencipta pasangan manusia yang pertama, Yehuwa memberitahu mereka, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.” (Kej. 1:
6, 7. (a) Mengapakah Yehuwa menyelamatkan Nuh? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah yang berlaku kepada orang yang tidak mendengar amaran Nuh?
6 Meskipun demikian, ‘Nuh menyenangkan hati Yehuwa’ kerana dia “tidak berbuat salah, dan dia satu-satunya orang yang baik pada zamannya.” Oleh sebab Nuh ‘hidup akrab dengan Tuhan,’ Tuhan menyuruhnya untuk membina sebuah bahtera yang besar. (Kej. 6:8-10, 14-
7 Semasa Banjir Besar melanda pada 2370 SM, ‘Yehuwa membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi,’ tetapi menyelamatkan Nuh sekeluarga di dalam bahtera. (Kej. 7:21-23) Semua orang hari ini merupakan keturunan daripada keluarga Nuh. Namun semua orang yang tidak mendengar amaran Nuh telah dibinasakan.
8. Bagaimanakah Tuhan mengatur orang Israel kuno yang akan memasuki Tanah yang Dijanjikan?
Kel. 38:8) Namun, sewaktu Yehuwa memerintah orang Israel untuk memasuki tanah Kanaan, mereka memberontak. Yehuwa memberitahu mereka, “Tidak seorang pun antara kamu akan tinggal di situ kecuali Kaleb dan Yosua,” sebab mereka berdua membawa laporan baik selepas mengintip Tanah yang Dijanjikan. (Bil. 14:
9. Apakah perasaan Rahab terhadap Yehuwa dan umat-Nya?
9 Yehuwa menyertai Yosua ke mana sahaja dia pergi. Contohnya, pada tahun 1473 SM, Yosua mengutus dua pengintip ke kota Yerikho. Di sana, mereka bertemu dengan seorang pelacur bernama Rahab. Apabila raja Yerikho mengutus orang untuk menangkap dua pengintip ini, Rahab menyembunyikan mereka di atas bumbung rumahnya. Dia memberitahu dua pengintip itu, ‘Aku tahu bahawa Yehuwa telah memberikan tanah ini kepada kamu. Kami telah mendengar bahawa Yehuwa telah mengeringkan Laut Gelagah di hadapan kamu dan bahawa kamu telah membunuh dua orang raja Amori.’ Dia menambah, ‘Yehuwa, Tuhan kamu sesungguhnya Tuhan yang berkuasa di langit dan di bumi.’ (Yos. 2:9-11) Rahab ingin menyokong organisasi Yehuwa pada masa itu. Maka, Yehuwa melindungi Rahab sekeluarga semasa orang Israel menyerang kota Yerikho. (Yos. 6:25) Ya, Rahab beriman dan menghormati Yehuwa serta organisasi-Nya.
ORGANISASI YEHUWA PADA ABAD PERTAMA
10. Apakah yang Yesus katakan kepada pemimpin agama pada zamannya, dan mengapakah dia berkata sedemikian?
10 Di bawah pimpinan Yosua, orang Israel menawan kota demi kota dan menduduki tanah Kanaan. Namun, selama sekitar 1,500 tahun, bangsa Israel berulang kali melanggar perintah Yehuwa. Orang Israel gagal mematuhi Yehuwa dan nabi-nabi-Nya sehingga Yesus memanggil mereka ‘pembunuh nabi.’ (Baca Matius 23:37, 38.) Tuhan menolak para pemimpin agama kerana mereka tidak setia kepada-Nya. Maka, Yesus memberitahu mereka, ‘Pemerintahan Tuhan akan diambil daripada kamu, lalu diserahkan kepada orang yang memberikan hasil.’
11, 12. (a) Apakah yang membuktikan bahawa Yehuwa tidak lagi memberkati bangsa Yahudi, tetapi mula memperkenankan organisasi yang baru? (b) Siapakah yang menyertai organisasi baru ini?
11 Pada abad pertama, Yehuwa menolak bangsa Israel yang tidak setia. Namun, Tuhan masih mempunyai organisasi di bumi yang terdiri daripada hamba-Nya yang setia. Organisasi ini mematuhi Kristus dan ajarannya. Pada Pentakosta 33 M, Yehuwa mula memperkenankan organisasi baru ini. Sekitar 120 orang pengikut Yesus berkumpul di Yerusalem dan “tiba-tiba terdengar bunyi dari langit seperti tiupan angin yang kuat. Bunyi itu memenuhi rumah.” Kemudian, mereka nampak ‘sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. Mereka semua dikuasai oleh daya aktif Tuhan. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh daya aktif Tuhan kepada mereka.’ (Kis. 2:
12 Pada hari itu, sebanyak “tiga ribu orang” menyertai organisasi Yehuwa yang baru ini. Malah, ‘tiap-tiap hari Yehuwa menambah bilangan mereka.’ (Kis. 2:41, 47) Para pengikut Yesus menginjil dengan begitu berkesan sehingga Bible menyatakan bahawa ‘perkhabaran daripada Tuhan semakin tersebar luas dan bilangan pengikut Yesus di Yerusalem pun bertambah-tambah. Banyak imam juga percaya kepada Yesus.’ (Kis. 6:7) Kemudian, Yehuwa sekali lagi membuktikan bahawa Dia menyokong organisasi baru ini dengan membawa “orang bukan Yahudi” ke dalam sidang Kristian.
13. Apakah tugas organisasi baru Yehuwa?
13 Jelas sekali, Yehuwa memberi tugas menginjil kepada pengikut Kristus. Yesus telah menyediakan teladan bagi mereka. Selepas dibaptis, Yesus mula menginjil tentang Kerajaan Tuhan. (Mat. 4:17) Yesus mengajar pengikutnya untuk melakukan kerja yang sama. Dia memberitahu mereka, ‘Kamu akan menjadi saksi-saksiku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi.’ (Kis. 1:8) Orang Kristian masa awal memang sedar apa yang mereka perlu lakukan. Contohnya, di Antiokhia, Paulus dan Barnabas berkata kepada orang Yahudi, ‘Firman Tuhan memang harus disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Tetapi kerana kamu menolak firman-Nya, dan menganggap diri kamu tidak layak menerima hidup sejati dan kekal, kami akan meninggalkan kamu lalu pergi kepada bangsa lain. Hal itu demikian kerana inilah perintah yang diberikan oleh Yehuwa kepada kami, “Aku sudah menetapkan supaya kamu menjadi cahaya bagi bangsa bukan Yahudi, dan melalui kamu, Tuhan akan menyelamatkan seluruh dunia.”’ (Kis. 13:
UMAT TUHAN TERSELAMAT
14. Apakah yang berlaku kepada kota Yerusalem pada abad pertama, dan siapakah yang terselamat?
14 Kebanyakan orang Yahudi menolak berita baik. Akibatnya, mereka menghadapi bencana. Yesus pernah memberikan amaran kepada mereka, “Apabila kamu nampak Yerusalem dikepung tentera, kamu akan tahu bahawa kota itu segera akan dimusnahkan. Pada waktu itu orang di Yudea mesti lari ke pergunungan; orang yang di dalam kota mesti meninggalkan kota, dan orang yang di luar kota jangan masuk ke dalam kota.” (Luk. 21:20, 21, ABB) Nubuat Yesus memang digenapi. Oleh sebab orang Yahudi memberontak terhadap pemerintahan Roma, tentera Roma di bawah pimpinan Cestius Gallus mengepung kota Yerusalem pada 66 M. Tetapi mereka tiba-tiba mengundur dan hal ini membuka peluang bagi pengikut Yesus untuk meninggalkan Yerusalem dan Yudea. Seorang sejarawan melaporkan bahawa ramai menyeberang sungai Yordan untuk melarikan diri ke Pella. Pada 70 M, tentera Roma di bawah pimpinan Jeneral Titus kembali dan memusnahkan kota Yerusalem. Namun, orang Kristian yang setia terselamat kerana mereka mematuhi amaran Yesus.
15. Apakah cabaran yang dihadapi orang Kristian abad pertama?
15 Meskipun menghadapi kesusahan, penganiayaan, dan ujian iman, bilangan pengikut Kristus terus bertambah pada abad pertama. (Kis. 11:
16. Apakah yang harus dilakukan setiap orang Kristian untuk mengekalkan iman yang kuat?
16 Setiap orang Kristian harus berusaha untuk mengekalkan iman yang kuat. Adalah penting untuk mempelajari Bible dengan rajin, menghadiri perjumpaan secara tetap, dan bersemangat dalam kerja penyebaran. Aktiviti rohani seperti ini telah membina kerohanian dan perpaduan umat Yehuwa pada zaman dahulu. Sidang Kristian sangat teratur. Ramai ahli sidang meraih manfaat daripada bantuan para penatua dan pembantu sidang. (Flp. 1:1; 1 Ptr. 5:1-4) Mereka juga menghargai kunjungan penyelia lawatan, seperti Paulus. (Kis. 15:36, 40, 41) Persamaan antara cara kita beribadat hari ini dengan cara orang Kristian beribadat pada abad pertama amatlah menakjubkan. Kita bersyukur kerana sejak dahulu Yehuwa sentiasa mengatur umat-Nya! *
17. Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana yang berikut?
17 Dunia Syaitan akan berakhir tidak lama lagi. Organisasi Yehuwa di bumi sedang bergerak maju dengan cepat. Adakah anda juga bergerak maju bersama organisasi Yehuwa? Rencana yang berikutnya akan membincangkan cara anda dapat berbuat demikian.
^ per. 16 Untuk maklumat lanjut tentang organisasi Tuhan hari ini, sila lihat brosur Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?