Tahukah Anda?
Pada zaman Bible, mengapakah seseorang sengaja mengoyakkan pakaiannya?
BIBLE mengandungi beberapa kisah mengenai orang yang mengoyakkan jubah mereka. Bagi kita, perbuatan ini mungkin pelik. Namun bagi orang Yahudi kuno, inilah cara mereka menunjukkan perasaan kecewa, sedih, malu, marah, atau sedang meratap.
Contohnya, Yusuf dijual untuk dijadikan hamba. Apabila abangnya, Ruben, mendapati bahawa rancangannya untuk menyelamatkan Yusuf gagal, dia “mengoyakkan pakaiannya.” Bapa mereka, Yakub, yang menganggap bahawa Yusuf telah dibaham oleh binatang juga “mengoyakkan pakaiannya.” (Kej. 37:
Semasa pengadilan Yesus, Imam Agung Kayafas “mengoyakkan jubahnya” apabila menuduh Yesus mengkufuri Tuhan. (Mat. 26:
Namun, dari sudut pandangan Yehuwa, perbuatan mengoyakkan pakaian tidak bermakna kecuali jika orang itu benar-benar menyesal. Oleh itu Yehuwa memberitahu umat-Nya, ‘Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan, jangan hanya mengoyakkan pakaian. Kembalilah kepada-Ku.’