Balu dari Sarfat Diberkati kerana Imannya
SEORANG balu yang miskin memeluk anak tunggalnya. Dia tidak dapat percaya bahawa anaknya yang baru sahaja meninggal sudah dihidupkan kembali. Balu itu memandang wajah anaknya yang berseri dengan penuh riang. “Lihatlah,” kata tetamunya, “anakmu hidup semula!”
Peristiwa ini berlaku 3,000 tahun yang lalu. Kisah ini tercatat di 1 Raja-Raja bab 17. Tetamu balu itu ialah Elia, seorang nabi Tuhan. Nama balu itu tidak diketahui. Dia tinggal di sebuah pekan yang bernama Sarfat. Sepanjang kehidupan balu itu, sudah pasti pembangkitan anaknya ialah peristiwa yang paling menguatkan imannya. Marilah kita lihat pengajaran penting daripada kisah ini.
ELIA MENCARI SEORANG BALU YANG BERIMAN
Yehuwa memutuskan untuk membawa kemarau yang berpanjangan di Israel semasa pemerintahan Raja Ahab yang jahat. Selepas Elia bernubuat tentang kemarau itu, Yehuwa menyembunyikannya daripada Ahab dan menggunakan burung gagak untuk membawa makanan kepadanya. Kemudian Yehuwa memberitahu Elia, “Pergilah ke kota Sarfat dekat Sidon, dan tinggallah di sana. Aku sudah memerintah seorang balu yang tinggal di sana untuk memberikan makanan kepadamu.”—1 Raj. 17:1-9, ABB.
Setibanya di Sarfat, Elia nampak seorang balu miskin yang sedang mengumpulkan kayu api. Mungkinkah balu itu yang dimaksudkan Yehuwa? Memandangkan dia sangat miskin, bagaimanakah balu itu dapat memberinya makanan? Walaupun ragu-ragu, Elia memulakan perbualan dengan wanita itu. Dia berkata, “Tolong beri saya air minum.” Apabila balu itu hendak pergi untuk mengambil air, Elia berkata lagi, “Dan tolonglah beri saya roti juga.” (1 Raj. 17:10, 11) Memberi air kepada Elia tidaklah sukar, namun memberikan roti merupakan beban bagi balu itu.
1 Raj. 17:12, ABB) Mari kita lihat apa yang dimaksudkannya.
Balu itu menjawab, ‘Demi Yehuwa yang hidup, Tuhan yang tuan sembah, saya bersumpah bahawa saya tidak mempunyai roti. Saya hanya mempunyai segenggam tepung gandum di dalam mangkuk dan sedikit minyak zaitun di dalam botol. Saya sedang mengumpulkan sedikit kayu api untuk dibawa pulang supaya saya dapat memasak bahan yang tinggal itu untuk saya dan anak saya. Itulah makanan kami yang terakhir; setelah itu kami akan menunggu maut sahaja.’ (Balu itu tahu bahawa nabi Elia ialah orang Israel yang menyembah Tuhan. Hal ini kelihatan melalui kata-katanya, ‘Demi Yehuwa yang hidup, Tuhan yang tuan sembah.’ Nampaknya dia mengenali Tuhan bangsa Israel, namun tidak memanggil-Nya “Tuhanku.” Dia tinggal di Sarfat, berdekatan kota Sidon di kawasan Fenisia. Kemungkinan besar, penduduk di sana menyembah Baal. Namun, Yehuwa nampak sesuatu yang baik dalam hati wanita ini.
Walaupun wanita ini dikelilingi penganut agama palsu, dia memperlihatkan iman. Yehuwa menghantar Elia kepadanya untuk kebaikan mereka berdua. Kita boleh mendapat pengajaran yang baik dari sini.
Bukan semua penduduk Sarfat yang menyembah Baal adalah jahat. Dengan mengutus Elia kepada balu ini, Yehuwa menunjukkan bahawa Dia prihatin terhadap orang berhati jujur yang belum menyembah-Nya. Ya, ‘sesiapa yang menghormati Tuhan dan berbuat apa yang benar, diterima oleh Tuhan, walau apa pun bangsanya.’—Kis. 10:35, ABB.
Adakah orang di kawasan penyebaran anda seperti balu dari Sarfat itu? Mereka mungkin dikelilingi penganut agama palsu, namun mereka haus akan kebenaran. Mungkin mereka tidak tahu, atau hanya tahu sedikit tentang Yehuwa dan memerlukan bantuan untuk memeluk agama sejati. Adakah anda sedang mencari dan membantu individu sebegini?
‘MULA-MULA BUATLAH ROTI DAN HANTARLAH KEPADA SAYA’
Perhatikan apa yang Elia minta balu itu lakukan. Balu itu baru sahaja memberitahu Elia bahawa hanya tinggal sedikit makanan untuknya dan anaknya. Setelah itu, mereka menunggu maut sahaja. Apakah jawapan Elia? ‘Jangan khuatir. Pergilah sediakan makananmu. Tetapi sebelum itu, mula-mula buatlah roti daripada tepung dan minyak itu dan hantarlah kepada saya. Kemudian buatlah roti untukmu dan anakmu, kerana demikianlah Firman Yehuwa, Tuhan Israel, “Tepung di dalam mangkuk itu tidak akan habis dan minyak di dalam botol itu tidak akan berkurang sehingga tiba saatnya Aku, Yehuwa, menurunkan hujan.”’—1 Raj. 17:11-14, ABB.
Jika anda ialah balu itu, anda mungkin berfikir, “Mana mungkin saya serahkan makanan terakhir saya.” Tetapi, itu bukan reaksinya. Meskipun dia tidak banyak mengetahui tentang Yehuwa, dia mempercayai Elia dan melakukan apa yang disuruh. Hal ini memang menguji iman balu itu dan dia telah bertindak dengan bijak.
Tuhan tidak mengabaikan balu yang miskin itu. Seperti yang dijanjikan Elia, Yehuwa memberkati dia dengan mengekalkan bekalan makanannya sehingga kemarau berakhir. ‘Tepung di dalam mangkuk itu tidak habis-habis, dan minyak di dalam 1 Raj. 17:16; 18:1, ABB) Jika balu itu menolak perintah Elia, barangkali roti yang dia miliki akan menjadi makanan terakhir baginya dan anaknya. Sebaliknya, dia bertindak dengan iman, percaya kepada Yehuwa, dan memberi makanan kepada Elia dahulu.
botol itu tidak berkurang menurut firman Yehuwa melalui Elia.’ (Pengajaran daripada kisah ini ialah Tuhan memberkati orang yang memperlihatkan iman. Jika anda menunjukkan iman semasa integriti anda diuji, Yehuwa akan menolong anda. Agar dapat membantu anda mengharungi cubaan, Dia akan menjadi Pemberi, Pelindung, dan Sahabat anda.—Kel. 3:13-15.
Pada 1898, Zion’s Watch Tower menunjukkan pengajaran daripada kisah balu ini, “Jika wanita itu mempunyai iman untuk mematuhi Tuhan, maka dia layak menerima bantuan Tuhan melalui Nabi itu; jika tidak, balu lain yang beriman mungkin ditemui. Begitu juga dengan kita, semasa mengharungi liku-liku hidup, Tuhan mungkin membenarkan integriti kita diuji. Jika kita beriman, kita akan diberkati; jika tidak, kita akan kehilangan berkat.”
Sewaktu menghadapi cubaan tertentu, kita perlu mencari bimbingan daripada Firman Tuhan dan bahan bacaan yang berdasarkan Bible. Kemudian, kita harus bertindak selaras dengan bimbingan Yehuwa walaupun susah untuk melakukannya. Sudah tentu, kita akan diberkati jika kita mengendahkan kata-kata Amsal yang berbunyi, ‘Percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan Yehuwa dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.’—Ams. 3:5, 6, ABB.
‘ADAKAH TUAN DATANG UNTUK MENYEBABKAN KEMATIAN ANAK SAYA?’
Iman balu diuji sekali lagi. “Beberapa waktu kemudian,” Bible mengisahkan, “anak lelaki balu itu jatuh sakit. Penyakitnya bertambah teruk, dan akhirnya dia meninggal.” Balu itu bersedih dan ingin mencari sebab mengapa anaknya meninggal. Maka dia berkata kepada Elia, ‘Hai hamba Tuhan, mengapakah tuan melakukan hal ini kepada saya? Adakah tuan datang untuk mengingatkan Tuhan akan dosa saya, lalu menyebabkan kematian anak saya?’ (1 Raj. 17:17, 18, ABB) Apakah yang dimaksudkan balu itu?
Mungkinkah balu itu teringat dosa yang mengganggu hati nuraninya? Adakah dia berfikir bahawa dia dihukum Tuhan dan Elia diutus untuk membawa kematian kepada anaknya? Bible tidak memberitahu kita. Namun, balu itu tidak menuduh bahawa Tuhan telah melakukan sesuatu yang tidak adil.
Elia pasti terkejut dengan kematian anak balu tersebut. Dalam minda balu itu, Elia bertanggungjawab atas tragedi ini. Selepas membawa anak itu ke bilik di ruangan atas, Elia berseru, ‘Ya Yehuwa, Tuhanku, mengapakah Engkau melakukan perkara yang sedahsyat ini kepada balu itu?’ Elia tidak ingin nama Tuhan diaibkan kerana membiarkan balu yang baik hati dan ramah ini terus menderita. Oleh itu, Elia merayu, ‘Ya Yehuwa, Tuhanku, hidupkanlah semula anak ini!’—1 Raj. 17:20, 21.
“LIHATLAH, ANAKMU HIDUP SEMULA!”
Yehuwa mendengar doa Elia. Balu itu telah menjaga keperluan nabi-Nya dan juga memperlihatkan iman. Nampaknya, Yehuwa membenarkan anak itu sakit dan mati kerana Dia ingin membangkitkan anak itu dan memberi harapan kepada generasi yang akan datang. Peristiwa ini adalah pembangkitan pertama yang tercatat dalam Bible. Yehuwa membangkitkan anak itu apabila Elia merayu kepada-Nya. Cuba bayangkan perasaan balu itu sewaktu Elia berkata, “Lihatlah, anakmu hidup semula!” Balu itu berkata, ‘Sekarang barulah saya tahu bahawa tuan seorang hamba Tuhan dan bahawa Yehuwa benar-benar berfirman melalui tuan.’—1 Raj. 17:22-24.
Kisah di 1 Raja-Raja bab 17 tidak menceritakan lebih lanjut tentang balu ini. Kemungkinan balu ini menjadi hamba Yehuwa yang setia kerana Yesus pernah menyebut tentangnya. (Luk. 4:25, 26) Kisahnya mengajar kita bahawa Tuhan memberkati orang yang berbuat baik terhadap hamba-Nya. (Mat. 25:34-40) Hal ini membuktikan bahawa Tuhan menjaga hamba-Nya yang setia, walaupun mereka menghadapi kesulitan. (Mat. 6:25-34) Kisah ini juga menunjukkan bahawa Yehuwa ingin dan mampu membangkitkan orang yang sudah mati. (Kis. 24:15) Sudah tentu, kisah ini mendorong kita untuk mengingat balu dari Sarfat ini.