Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BANTUAN UNTUK ORANG YANG BERKABUNG

Bantuan Terbaik untuk Orang yang Berkabung

Bantuan Terbaik untuk Orang yang Berkabung

RASA SEDIH AKIBAT KEMATIAN ORANG TERSAYANG TELAH DIKAJI OLEH BANYAK PIHAK BELAKANGAN INI. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, cadangan yang terbaik daripada pakar sering kali menyerupai nasihat Bible. Sungguhpun demikian, Bible bukan sekadar gedung nasihat yang tidak luput ditelan masa. Bible juga menyediakan maklumat yang tidak terdapat dalam sumber lain, yang dapat melegakan orang yang bersedih.

  • Jaminan bahawa orang mati tidak menderita

    “Orang mati tidak tahu apa-apa pun,” kata Bible di Pengkhutbah 9:5. “Segala fikiran mereka lenyap.” (Mazmur 146:4) Bible menyamakan kematian dengan tidur yang lena.​—Yohanes 11:11.

  • Dilegakan kerana kepercayaan yang teguh kepada Tuhan yang pengasih

    Mazmur 34:15 menyatakan, “Mata Yehuwa * memperhatikan orang yang berbuat benar, dan telinga-Nya mendengar seruan mereka meminta tolong.” Meluahkan isi hati melalui doa bukan sekadar terapi untuk menenangkan emosi dan minda. Doa sebenarnya membantu kita menjalin hubungan peribadi dengan Pencipta kita, yang mempunyai kuasa untuk melegakan kita.

  • Menantikan masa depan yang cerah

    Bayangkan masanya apabila orang mati dibangkitkan di bumi! Bible sering menyebut tentang peristiwa itu. Bagaimanakah keadaan di bumi ketika itu? Tuhan “akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:3, 4.

Ramai orang yang percaya kepada Yehuwa, Tuhan yang disebut dalam Bible, telah mendapat kekuatan yang besar untuk mengatasi kesedihan. Mereka diyakinkan bahawa mereka dapat berjumpa semula dengan orang tersayang yang sudah meninggal. Ann, yang kehilangan suaminya setelah berkahwin selama 65 tahun, berkata, “Bible meyakinkan saya bahawa orang tersayang yang sudah meninggal tidak menderita, dan bahawa Tuhan akan membangkitkan semua orang yang ada dalam ingatan-Nya. Saya memikirkan hal-hal itu semasa merindui suami saya. Hasilnya, saya dapat menghadapi hal terburuk yang pernah menimpa diri saya!”

Tiina, yang disebut sebelum ini, berkata, “Sejak hari kematian Timo, saya merasai sokongan dan bantuan Yehuwa pada waktu kesusahan. Janji Bible tentang pembangkitan sangat nyata bagi saya dan membantu saya bertabah sehingga tibanya masa saya berjumpa lagi dengan Timo.”

Ungkapan-ungkapan itu mencerminkan perasaan jutaan orang yang yakin akan janji Bible. Biarpun anda berasa bahawa janji itu hanyalah mimpi, kajilah buktinya bahawa nasihat dan janji Bible memang benar. Anda mungkin akan mendapati bahawa Bible menawarkan bantuan yang terbaik untuk orang yang berkabung.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG HARAPAN BAGI ORANG MATI

Tontonlah video di laman web kami, jw.org

Bible berjanji bahawa akan tiba masanya kita menyambut kepulangan orang tersayang yang sudah meninggal

BAGAIMANAKAH KEADAAN ORANG MATI?

Apakah yang terjadi selepas kita mati? Jawapan Bible yang jelas amat melegakan

Lihat PERPUSTAKAAN > VIDEO (Kategori Video: BIBLE)

INGINKAH ANDA DENGAR BERITA BAIK?

Dalam dunia yang dipenuhi berita buruk, dari manakah anda dapat mendengar berita baik?

Lihat AJARAN BIBLE > KEDAMAIAN & KEBAHAGIAAN

^ per. 7 Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.