Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

2 Adakah Kita yang Bertanggungjawab atas Penderitaan Diri Kita Sendiri?

2 Adakah Kita yang Bertanggungjawab atas Penderitaan Diri Kita Sendiri?

Mengapa Penting

Jika jawapannya adalah ya, kita sepatutnya dapat mengurangkan penderitaan.

Fikirkan

Setakat manakah manusia bertanggungjawab atas hal-hal yang berikut?

  • Penderaan.

    Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 1 daripada 4 orang dewasa pernah didera secara fizikal semasa kecil, dan 1 daripada 3 orang wanita pernah didera secara fizikal atau seksual (atau kedua-duanya).

  • Kematian.

    Statistik Kesihatan Dunia 2018 yang diterbitkan oleh WHO menyatakan, “Kira-kira 477,000 orang dibunuh di serata dunia pada tahun 2016.” Anggaran ini tidak merangkumi 180,000 orang yang dijangka terbunuh akibat peperangan dan konflik pada tahun itu.

  • Masalah Kesihatan.

    Dalam sebuah rencana majalah National Geographic, seorang penulis bernama Fran Smith menyatakan, “Lebih daripada satu bilion orang merokok, dan rokok merupakan salah satu punca bagi lima penyebab utama kematian: Penyakit jantung, strok, jangkitan sistem pernafasan, penyakit penghalang pulmonari kronik, dan kanser paru-paru.”

  • Kedudukan Sosial yang Tidak Seimbang.

    Jay Watts, seorang ahli psikologi, berkata, “Apabila orang hidup miskin, dilayan dengan tidak adil, dipandang rendah kerana kaum atau jantina, dipaksa meninggalkan tempat tinggal, atau hidup dalam masyarakat yang suka bersaing, hal itu dapat menyebabkan mereka menderita secara mental.”

    MAKLUMAT LANJUT

    Lihat video Mengapakah Tuhan Menciptakan Bumi? di jw.org/ms.

Jawapan Bible

Kebanyakan penderitaan disebabkan oleh manusia.

Kerajaan sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, tetapi banyak kerajaan menindas rakyat dan mengakibatkan banyak penderitaan.

“Manusia menguasai manusia sehingga mereka menderita.”​PENGKHUTBAH 8:9.

Penderitaan dapat dikurangkan.

Prinsip Bible dapat membantu kita meningkatkan tahap kesihatan dan menikmati hubungan yang baik dengan orang lain.

“Hati yang tenang menyihatkan badan, tetapi kecemburuan bagaikan penyakit yang mereputkan tulang.”​AMSAL 14:30.

“Buangkanlah segala rasa dendam yang membara, kemarahan, perasaan berang, jeritan, kata-kata hinaan, dan segala kejahatan.”​EFESUS 4:31.