TIP PEMBELAJARAN
Persiapkan Hati Anda
Semasa mengkaji Bible, kita mahu apa yang kita pelajari menyentuh hati kita dan membimbing fikiran, perasaan, dan keinginan kita. Ezra telah memberikan teladan yang baik dalam hal ini. Dia “mempersiapkan hatinya untuk mempelajari Hukum Yehuwa.” (Ezr. 7:10) Bagaimanakah kita juga dapat berbuat demikian?
Berdoa. Mulakan setiap sesi pembelajaran dengan doa. Mintalah Yehuwa untuk membantu anda memahami dan menerapkan apa yang anda belajar.—Mzm. 119:18, 34.
Pupuk kerendahan hati. Tuhan menyembunyikan kebenaran daripada orang yang bergantung pada kebijaksanaan sendiri. (Luk. 10:21) Janganlah membuat penyelidikan untuk menunjuk-nunjuk di depan orang. Jika anda mendapati fikiran anda tidak selaras dengan fikiran Tuhan, ubahlah fikiran anda dengan rendah hati.
Dengar lagu rohani. Muzik ada kuasa untuk mempengaruhi emosi kita dan mempersiapkan hati kita untuk menyembah Yehuwa. Jadi, mendengar lagu rohani pada permulaan sesi pembelajaran dapat membantu anda untuk mempersiapkan hati anda.