PROJEK PEMBELAJARAN
Pembelajaran yang Mendalam Membantu Kita Terus Berjaga-Jaga
Baca Daniel 9:1-19 untuk mengetahui pentingnya melakukan pembelajaran yang mendalam.
Kajilah konteksnya dengan lebih mendalam. Apakah yang berlaku sebelum itu, dan apakah kesannya terhadap Daniel? (Dan. 5:29–6:5) Apakah perasaan anda jika anda ialah Daniel?
Kajilah butirannya dengan lebih mendalam. Apakah “kitab-kitab suci” yang dikaji Daniel? (Dan. 9:2, nota kaki; w23.08 4 ¶7) Mengapakah Daniel mengakui dosanya sendiri dan dosa bangsa Israel? (Im. 26:39-42; 1 Raj. 8:46-50; dp-IN 182-184) Bagaimanakah doa Daniel menunjukkan bahawa dia mengkaji Firman Tuhan secara mendalam?—Dan. 9: 11-13.
Kenal pasti pengajarannya. Tanyalah diri:
-
“Apakah yang dapat saya lakukan supaya peristiwa di dunia tidak membuat saya hilang fokus?” (Mi. 7:7)
-
“Apakah manfaat yang akan saya raih jika saya mengkaji Firman Tuhan dengan mendalam seperti Daniel?” (w04-IN 1/8 12 ¶17)
-
“Apakah topik pembelajaran yang dapat membantu saya untuk ‘terus berjaga-jaga’?” (Mat. 24:42, 44; w12 15/8 5 ¶7-8)