RENCANA PEMBELAJARAN 26
Dapatkah Anda Membantu Orang Menjadi Murid Yesus?
“Tuhan . . . memberi kamu keinginan dan kekuatan untuk bertindak.”—FLP. 2:13.
LAGU 64 Menyertai Kerja Menuai dengan Riang
PENGENALAN *
1. Apakah yang telah dilakukan oleh Yehuwa untuk anda?
BAGAIMANAKAH anda menjadi salah seorang daripada Saksi-Saksi Yehuwa? Pertama-tamanya, anda mungkin mendengar “berita baik” daripada ibu bapa, rakan sekerja, rakan sekolah, atau melalui kerja penyebaran dari rumah ke rumah. (Mrk. 13:10) Kemudian, seseorang menggunakan banyak masa dan usaha untuk mengadakan pembelajaran Bible dengan anda. Semasa mempelajari Bible, anda telah memupuk kasih terhadap Yehuwa dan belajar bahawa Dia juga mengasihi anda. Setelah Yehuwa memimpin anda kepada kebenaran, anda telah menjadi murid Yesus Kristus dan berpeluang untuk hidup selama-lamanya. (Yoh. 6:44) Sudah tentu, anda sangat bersyukur kepada Yehuwa kerana menggunakan seseorang untuk mengajar anda kebenaran, dan kerana Dia menerima anda sebagai penyembah-Nya.
2. Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana ini?
2 Setelah mempelajari kebenaran, kita diberi penghormatan untuk membantu orang lain supaya mereka mengikut jalan yang menuju kehidupan bersama kita. Kita mungkin berasa senang untuk menginjil dari rumah ke rumah, tetapi berasa susah untuk menawarkan dan mengadakan pembelajaran Bible. Adakah anda juga berasa begitu? Jika ya, cadangan-cadangan dalam rencana ini dapat membantu anda. Kita akan membincangkan apa yang mendorong kita untuk menjadikan orang murid Yesus. Kita juga akan membincangkan bagaimana kita dapat mengatasi cabaran yang mungkin membuat kita teragak-agak untuk mengadakan pembelajaran Bible. Sekarang, mari kita membincangkan mengapa kita bukan sahaja perlu menginjil, tetapi juga perlu mengajar orang.
YESUS MENGARAHKAN KITA UNTUK MENGINJIL DAN MENGAJAR
3. Mengapakah kita menginjil?
3 Semasa Yesus berada di bumi, dia memberikan dua tugas kepada para pengikutnya. Pertama, dia menyuruh mereka untuk Mat. 10:7; Luk. 8:1) Sebagai contoh, Yesus memberitahu para pengikutnya apa yang harus dilakukan semasa orang menerima berita baik dan semasa orang menolak berita baik. (Luk. 9:2-5) Dia juga menubuatkan bahawa para pengikutnya akan memberikan “kesaksian kepada semua bangsa” untuk menunjukkan bahawa kerja penyebaran akan dijalankan secara meluas. (Mat. 24:14; Kis. 1:8) Tidak kira apa reaksi orang terhadap kerja penyebaran, pengikut Yesus harus menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan dan apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu.
menginjil, dan dia mengajar mereka cara untuk menyebarkan berita baik. (4. Menurut Matius 28:18-20, apakah yang perlu kita lakukan selain menginjil?
4 Tugas kedua yang diberikan oleh Yesus kepada para pengikutnya adalah untuk mengajar orang mentaati segala perintahnya. Sesetengah orang mungkin berkata bahawa kerja menginjil dan mengajar hanya perlu dilakukan pada abad pertama. Namun, hal ini tidak benar. Yesus berkata bahawa kerja yang penting ini akan berlangsung sehingga zaman kita, iaitu “sehingga penghujung sistem ini.” (Baca Matius 28:18-20.) Kemungkinan besar, Yesus telah memberi para pengikutnya dua tugas itu semasa dia menampakkan diri kepada lebih daripada 500 orang pengikutnya. (1 Kor. 15:6) Kemudian, semasa memberi Yohanes penglihatan yang dicatatkan dalam buku Wahyu, Yesus juga menyatakan dengan jelas bahawa semua pengikutnya harus mengajar orang tentang Yehuwa.—Why. 22:17.
5. Menurut 1 Korintus 3:6-9, bagaimanakah Paulus menggambarkan kaitan antara kerja menginjil dengan mengajar?
5 Rasul Paulus menyamakan kerja menjadikan orang murid Yesus dengan kerja menanam. Dia mengingatkan sidang di Korintus, “Aku menanam, Apolos menyiram . . . Kamu pula ialah ladang Tuhan yang sedang diusahakan.” (Baca 1 Korintus 3:6-9.) Kata-kata Paulus menunjukkan bahawa sebagai pekerja di “ladang Tuhan,” kita bukan sahaja perlu menabur benih, tetapi juga perlu menyiramnya dan sering memeriksa keadaan tanaman kita. (Yoh. 4:35) Pada masa yang sama, kita juga perlu sedar bahawa Tuhanlah yang menyebabkan benih kebenaran bertumbuh.
6. Apakah yang terlibat dalam kerja mengajar orang?
6 Kita ingin mencari orang yang “memiliki sikap yang diperlukan untuk menerima kehidupan kekal.” (Kis. 13:48) Agar mereka dapat menjadi murid Yesus, kita mesti membantu mereka untuk (1) memahami, (2) menerima, dan (3) menerapkan apa yang dipelajari mereka daripada Bible. (Yoh. 17:3; Kol. 2:6, 7; 1 Tes. 2:13) Semua orang di sidang dapat membantu pelajar Bible untuk membuat kemajuan dengan menunjukkan kasih kepada mereka dan mengalu-alukan mereka semasa mereka menghadiri perjumpaan. (Yoh. 13:35) Penyiar yang mengendalikan pembelajaran Bible juga mungkin perlu menggunakan banyak masa dan tenaga untuk membantu pelajarnya membuang kepercayaan atau tabiat buruk “yang sudah berurat berakar.” (2 Kor. 10:4, 5) Kita mungkin memerlukan masa yang lama untuk membantu seseorang membuat perubahan sebegini supaya dia layak dibaptis. Namun, usaha kita pasti sangat berbaloi.
KITA DIDORONG OLEH KASIH
7. Apakah yang mendorong kita untuk menginjil dan menjadikan orang murid Yesus?
7 Mengapakah kita menginjil dan menjadikan orang murid Yesus? Pertama, kita mengasihi Yehuwa. Apabila anda berusaha sedaya upaya untuk menginjil dan menjadikan orang murid Yesus, anda membuktikan bahawa anda mengasihi Tuhan. (1 Yoh. 5:3) Fikirkan hal ini: Kasih anda kepada Tuhan telah mendorong anda untuk menginjil dari rumah ke rumah. Tetapi, adakah anda berasa mudah untuk menginjil? Mungkin tidak. Semasa anda bercakap kepada penghuni rumah buat kali pertama, jantung anda tentu berdegup kencang, bukan? Namun anda masih melakukannya kerana anda ingin mentaati perintah Yesus. Setelah menginjil untuk suatu jangka masa, kerja ini menjadi lebih mudah bagi anda. Sekarang, fikirkan pula kerja mengajar orang. Adakah kerja ini membuat anda berasa takut? Jika ya, mohonlah bantuan Yehuwa. Yehuwa dapat membantu anda mengatasi perasaan takut, memberi anda keberanian untuk menawarkan pembelajaran Bible, dan menguatkan keinginan anda untuk menjadikan orang murid Yesus.
8. Menurut Markus 6:34, apakah satu lagi sebab yang mendorong kita untuk mengajar orang lain?
8 Kedua, kasih kepada orang lain mendorong kita untuk mengajar mereka tentang kebenaran. Pernah sekali, Yesus dan murid-muridnya sangat penat setelah sibuk menginjil. Mereka ingin mencari tempat untuk berehat, tetapi orang ramai terus mengikuti mereka. Semasa Yesus nampak mereka, dia berasa kasihan terhadap mereka dan mula mengajar mereka “banyak perkara.” (Baca Markus 6:34.) Mengapakah Yesus sanggup berbuat demikian walaupun dia sangat penat? Yesus membayangkan dirinya dalam situasi mereka. Dia tahu mereka sangat menderita dan sangat memerlukan harapan. Oleh itu, dia mahu membantu mereka. Dewasa ini, ramai orang nampaknya hidup bahagia dan puas, tetapi sebenarnya mereka juga dilanda masalah dan sangat memerlukan harapan. Mereka bagaikan biri-biri yang sesat, yang memerlukan bimbingan gembala. Rasul Paulus menyatakan bahawa mereka tidak mengenali Tuhan dan tiada harapan. (Ef. 2:12) Orang sebegini sedang mengikut “jalan yang . . . menuju kebinasaan”! (Mat. 7:13) Jadi, apabila kita memikirkan keperluan rohani orang di kawasan kita, kasih dan belas kasihan akan mendorong kita untuk membantu mereka, dan cara yang terbaik untuk membantu mereka adalah dengan menawarkan pembelajaran Bible.
9. Menurut Filipi 2:13, bagaimanakah Yehuwa dapat membantu anda?
9 Anda mungkin teragak-agak untuk menawarkan pembelajaran Bible kerana sedar bahawa hal itu memerlukan banyak masa dan usaha. Jika begitu, beritahulah Yehuwa perasaan anda. Mintalah Dia untuk membantu anda memupuk keinginan untuk mencari dan mengadakan pembelajaran Bible. (Baca Filipi 2:13.) Rasul Yohanes meyakinkan kita bahawa Tuhan akan menjawab doa yang selaras dengan kehendak-Nya. (1 Yoh. 5:14, 15) Maka Yehuwa pasti akan membantu anda memupuk keinginan untuk mengajar orang menjadi pengikut Yesus.
MENGATASI CABARAN LAIN
10-11. Mengapakah kita mungkin teragak-agak untuk mengadakan pembelajaran Bible?
10 Kita tahu bahawa kerja mengajar penting. Namun, terdapat cabaran yang mungkin menghalang kita daripada melakukan sebanyak yang kita ingini dalam kerja menjadikan orang murid Yesus. Mari kita perhatikan sesetengah cabaran itu dan cara untuk mengatasinya.
11 Kita mungkin berasa situasi kita tidak mengizinkan kita untuk melakukan sebanyak yang kita ingini. Contohnya, kemampuan sesetengah penyiar terhad kerana masalah kesihatan atau usia tua. Adakah anda sedang menghadapi situasi itu? Jika ya, fikirkan satu hal yang telah kita pelajari semasa pandemik COVID-19: Kita dapat mengadakan pembelajaran Bible dengan menggunakan alat elektronik. Melalui cara ini, anda dapat memulakan dan mengadakan pembelajaran Bible dari rumah anda. Kaedah ini juga ada satu lagi kelebihan, iaitu masa pembelajaran Bible dapat menjadi lebih fleksibel. Sesetengah orang suka belajar Bible, tetapi mereka hanya dapat belajar pada awal pagi atau lewat malam, dan bukannya pada masa kita biasanya Yoh. 3:1, 2.
menginjil. Dapatkah anda menyesuaikan jadual anda mengikut keperluan mereka? Ingatlah bahawa Nikodemus ingin belajar pada waktu malam dan Yesus sudi mengajarnya pada waktu itu.—12. Apakah yang meyakinkan kita bahawa kita dapat menjadi pengajar yang mahir?
12 Kita mungkin berasa kurang yakin untuk mengadakan pembelajaran Bible. Barangkali, kita berasa bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang mencukupi untuk mengajar orang. Jika itulah perasaan anda, perhatikan tiga perkara yang dapat menguatkan keyakinan anda. Pertama, Yehuwa menganggap anda layak untuk mengajar. (2 Kor. 3:5) Kedua, Yesus, yang sudah diberi “kuasa atas segala sesuatu di syurga dan di bumi,” mengarahkan anda untuk mengajar orang. Hal itu menunjukkan bahawa dia mempercayai anda. (Mat. 28:18) Ketiga, anda dapat menerima bantuan daripada Yehuwa dan rakan seiman anda. Yehuwa telah mengajar Yesus apa yang perlu dikatakannya, dan Yehuwa juga dapat membantu anda. (Yoh. 8:28; 12:49) Selain itu, anda dapat meminta bantuan daripada penyelia kumpulan anda, perintis yang mahir, atau penyiar yang berpengalaman, untuk memulakan dan mengadakan pembelajaran Bible. Anda juga dapat menjadi pengajar yang lebih mahir jika anda menyertai pembelajaran Bible mereka.
13. Mengapakah kita perlu menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran yang baharu?
13 Kita mungkin berasa susah untuk menggunakan kaedah dan alat yang baharu. Kini, buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! ialah bahan utama kita untuk mengadakan pembelajaran Bible. Oleh itu, cara kita membuat persiapan untuk pembelajaran Bible dan cara kita mengendalikannya sudah berubah. Perenggan yang perlu dibaca sudah berkurang, dan lebih banyak masa digunakan untuk perbualan antara guru dengan pelajar. Selain itu, semasa mengajar, kita akan menggunakan lebih banyak video dan bahan daripada laman web kita dan JW Library®. Jika anda belum mahir menggunakan alat-alat ini, mintalah bantuan daripada orang lain. Memang benar, sebagai manusia, apabila kita sudah biasa melakukan sesuatu dalam cara tertentu, kita akan berasa susah untuk menggunakan cara yang baharu. Tetapi dengan bantuan Yehuwa dan bantuan orang lain, anda akan berasa lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan kaedah yang baharu dan bahkan suka menggunakannya semasa mengajar. Seorang perintis berkata bahawa “guru dan pelajar akan menikmati kaedah pembelajaran yang baharu ini.”
14. Apakah yang patut kita ingat jika kita mendapat sambutan dingin di kawasan penyebaran kita? Bagaimanakah 1 Korintus 3:6, 7 menggalakkan kita?
14 Kita mungkin berasa susah untuk memulakan pembelajaran Bible di kawasan penyebaran kita. Jika orang di kawasan kita tidak berminat atau tidak menyukai mesej yang kita sampaikan, bagaimanakah kita dapat tetap bersikap positif? Ingatlah bahawa keadaan orang boleh berubah sekelip mata dalam dunia yang penuh dengan masalah ini. Jadi, walaupun sesetengah orang dahulunya tidak berminat atau enggan menerima bahan bacaan, mereka kemudiannya mungkin sedar akan keperluan rohani mereka dan sudi mempelajari Bible. (Mat. 5:3) Selain itu, ingatlah bahawa Yehuwa ialah Pemilik tuaian. (Mat. 9:38) Dia mahu kita terus menanam dan menyiram, tetapi Dia juga mahu kita ingat bahawa Dialah yang menyebabkan benih kebenaran bertumbuh. (1 Kor. 3:6, 7) Ingatlah juga bahawa walaupun kita tidak mempunyai pelajar Bible pada masa sekarang, Yehuwa memberi kita ganjaran berdasarkan usaha kita dan bukannya hasil yang kita raih. Tidakkah hal ini menggalakkan kita? *
BERSUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS
15. Apakah perasaan Yehuwa apabila seseorang mula belajar Bible dan menerapkan apa yang dipelajarinya?
15 Yehuwa bersukacita apabila seseorang menerima kebenaran Bible dan mengongsi kebenaran itu dengan orang lain. (Ams. 23:15, 16) Maka bayangkan betapa gembiranya Yehuwa semasa melihat umat-Nya yang menginjil dan mengajar dengan bersemangat! Meskipun kita dilanda pandemik sedunia pada tahun aktiviti penyebaran 2020, sebanyak 7,705,765 pembelajaran Bible telah diadakan, dan 241,994 orang telah membaktikan diri kepada Yehuwa lalu dibaptis. Selepas dibaptis, murid-murid baharu ini akan mengadakan pembelajaran Bible dengan orang lain dan membantu mereka untuk menjadi murid Yesus. (Luk. 6:40) Sudah pasti, apabila kita menyertai kerja menjadikan orang murid Yesus, kita akan membuat Yehuwa sangat gembira.
16. Apakah matlamat yang dapat kita tetapkan?
16 Kita perlu berusaha keras untuk menjadikan orang murid Yesus. Namun dengan adanya bantuan Yehuwa, kita dapat membantu mengajar orang baharu untuk mengasihi Bapa kita yang di syurga. Jadi, tetapkanlah matlamat untuk memulakan dan mengendalikan sekurang-kurangnya satu pembelajaran Bible. Gunakanlah setiap peluang yang sesuai untuk menawarkan pembelajaran Bible kepada orang yang kita temui. Yehuwa pasti akan memberkati usaha kita, dan kita mungkin meraih hasil yang tidak dijangkakan.
17. Apakah perasaan kita apabila kita dapat mengadakan pembelajaran Bible?
17 Alangkah besarnya penghormatan yang kita miliki untuk menginjil dan mengajar! Kerja ini benar-benar memberi kita sukacita. Setelah membantu ramai orang di Tesalonika untuk menjadi pengikut Yesus, Rasul Paulus berkata, “Bukankah kamu yang menjadi harapan, sukacita, dan mahkota yang kami banggakan di hadapan Tuan kita, Yesus Kristus, semasa kehadirannya? Sesungguhnya kamulah kemuliaan dan sukacita kami.” (1 Tes. 2:19, 20; Kis. 17:1-4) Ramai penyembah Yehuwa dewasa ini mempunyai perasaan yang sama. Stéphanie dan suaminya telah membantu ramai orang untuk dibaptis. Stéphanie berkata, “Apabila kita membantu orang membaktikan diri kepada Yehuwa, kita akan merasai sukacita yang tiada tandingannya.”
LAGU 57 Menginjil kepada Semua Orang
^ per. 5 Yehuwa memberi kita penghormatan bukan sahaja untuk menginjil kepada orang lain, tetapi juga untuk mengajar mereka mentaati segala perintah Yesus. Apakah yang mendorong kita untuk mengajar orang lain? Apakah cabaran-cabaran yang kita hadapi semasa menginjil dan menjadikan orang murid Yesus? Bagaimanakah kita dapat mengatasi cabaran-cabaran itu? Rencana ini akan menjawab soalan-soalan tersebut.
^ per. 14 Untuk mengetahui bagaimana semua orang dalam sidang dapat membantu orang menjadi murid Yesus, lihat rencana “Seluruh Sidang Dapat Membantu Pelajar Bible Maju sehingga Dibaptis,” dalam Menara Pengawal, terbitan Mac 2021.
^ per. 53 KETERANGAN GAMBAR: Perhatikan bagaimana pembelajaran Bible dapat mengubah kehidupan seseorang: Pada mulanya, kehidupan seorang lelaki tidak bermakna dan dia tidak mengenali Yehuwa. Kemudian, Saksi-Saksi Yehuwa menemuinya semasa menginjil, dan dia menerima pembelajaran Bible. Setelah belajar Bible, dia membaktikan diri lalu dibaptis. Selepas itu, dia juga membantu orang lain menjadi murid Yesus. Akhirnya, mereka semua menikmati kehidupan di Firdaus.