RENCANA PEMBELAJARAN 29
“Apabila Aku Lemah, Aku Menjadi Kuat”
“Aku berasa senang hati semasa aku lemah, dihina, serba kekurangan, dianiaya, dan mengalami kesukaran, demi Kristus.”—2 KOR. 12:10.
LAGU 38 Dia Akan Menguatkanmu
PENGENALAN *
1. Apakah yang diakui oleh Rasul Paulus?
RASUL PAULUS mengaku bahawa ada kalanya dia berasa lemah. Dia berkata bahawa dia perlu bergelut untuk melakukan apa yang betul, bahawa tubuhnya “semakin lemah,” dan bahawa Yehuwa tidak selalunya menjawab doanya dalam cara yang diharapkannya. (2 Kor. 4:16; 12:7-9; Rm. 7:21-23) Paulus juga mengaku bahawa para penentangnya menganggapnya sebagai orang yang lemah. * Namun, Paulus tidak membiarkan pandangan orang lain ataupun kelemahan dirinya membuatnya berasa tidak berguna.—2 Kor. 10:10-12, 17, 18.
2. Menurut 2 Korintus 12:9, 10, apakah yang dipelajari oleh Paulus?
2 Paulus telah belajar bahawa seseorang dapat menjadi kuat bahkan semasa dia berasa lemah. (Baca 2 Korintus 12:9, 10.) Yehuwa memberitahu Paulus, “Kuasa-Ku menjadi nyata sekali semasa engkau lemah.” Dalam kata lain, Yehuwa berjanji untuk memberi Paulus kekuatan yang diperlukannya. Sekarang, mari kita bincang sebabnya kita tidak patut tawar hati semasa dihina.
“BERASA SENANG HATI SEMASA . . . DIHINA”
3. Mengapakah kita dapat berasa senang hati semasa dihina?
3 Kita memang tidak suka dihina. Namun, jika kita terlalu peduli terhadap hinaan musuh, kita mungkin berasa tawar hati. (Ams. 24:10) Jadi, apakah sepatutnya reaksi kita semasa dihina? Seperti Paulus, kita “berasa senang hati semasa . . . dihina.” (2 Kor. 12:10) Mengapa? Kerana hinaan dan tentangan membuktikan bahawa kita ialah pengikut Yesus yang sejati. (1 Ptr. 4:14) Yesus berkata bahawa para pengikutnya akan dianiaya, dan hal itu telah terjadi pada abad pertama. (Yoh. 15:18-20) Sebagai contoh, Petrus dan Yohanes dipandang oleh orang Yahudi sebagai “orang biasa yang tidak berpendidikan.” (Kis. 4:13) Orang Kristian juga dianggap bodoh dan lemah oleh orang yang dipengaruhi budaya Yunani. Oleh sebab orang Kristian pada abad pertama tidak mempunyai pengaruh politik ataupun kekuatan tentera, mereka dianggap lemah dan dipinggirkan.
4. Apakah reaksi orang Kristian pada abad pertama semasa dipandang rendah oleh orang lain?
4 Adakah orang Kristian pada abad pertama berhenti menyembah Yehuwa kerana dipandang rendah oleh para penentang? Tidak. Sebagai contoh, Petrus dan Yohanes berbesar hati kerana dianiaya demi Yesus dan kerja penyebaran. (Kis. 4:18-21; 5:27-29, 40-42) Meskipun dihina, murid-murid Yesus tidak ada alasan untuk berasa malu. Mengapa? Dalam jangka masa panjang, mereka sebenarnya lebih berjasa kepada umat manusia berbanding mana-mana penentang mereka. Sebagai contoh, buku-buku Bible yang ditulis oleh sebilangan daripada mereka terus membawa harapan dan membantu jutaan orang bahkan sehingga zaman ini. Selain itu, Kerajaan Tuhan yang dikhabarkan oleh mereka sudah wujud dan akan memerintah semua manusia tidak lama lagi. (Mat. 24:14) Tambahan lagi, orang Kristian abad pertama yang setia kini sudah menjadi raja di syurga. Bagaimana pula dengan penentang mereka? Kerajaan Roma yang menganiaya mereka sudah tidak ada lagi, dan musuh-musuh mereka sudah mati. Biarpun penentang mereka dibangkitkan, semua penentang itu akan menjadi rakyat Kerajaan Tuhan dan diperintah oleh orang Kristian yang dibenci oleh mereka dahulu.—Why. 5:10.
5. Menurut Yohanes 15:19, mengapakah umat Yehuwa dipandang rendah?
5 Dewasa ini, umat Yehuwa ada kalanya dipandang rendah, diejek, dan dianggap sebagai orang yang bodoh dan lemah. Mengapa? Kerana kita tidak terikut-ikut dengan sikap kebanyakan orang di dunia yang sombong, angkuh, dan suka memberontak. Orang di dunia menyanjung sesiapa yang mempunyai sikap sedemikian, namun kita berusaha menjadi orang yang rendah hati, lemah lembut, dan patuh. Selain itu, kita tidak mencampuri urusan politik dan tidak menyertai tentera. Oleh sebab kita tidak dibentuk mengikut acuan dunia, kita dipandang rendah.—Baca Yohanes 15:19; Rm. 12:2.
6. Yehuwa sedang menggunakan umat-Nya untuk melakukan apa?
6 Meskipun dunia ini memandang rendah terhadap kita, Yehuwa sedang menggunakan kita untuk melaksanakan hal-hal yang menakjubkan. Contohnya, Dia menggunakan kita untuk melakukan kempen kerja penyebaran yang paling besar dalam sejarah manusia. Selain itu, kita menghasilkan majalah yang diterjemahkan ke dalam paling banyak bahasa dan yang diedarkan dengan paling meluas di serata bumi. Kita juga menggunakan Bible untuk membantu jutaan orang menikmati kehidupan yang lebih baik. Sesungguhnya, Yehuwalah yang harus dipuji kerana menggunakan sekumpulan orang yang nampaknya lemah untuk melakukan perkara-perkara yang begitu hebat. Namun, dapatkah Yehuwa membantu setiap seorang daripada kita untuk menjadi kuat? Jika ya, apakah yang mesti kita
lakukan untuk menerima bantuan-Nya? Mari kita bincangkan tiga pengajaran yang dapat diraih daripada teladan Rasul Paulus.JANGAN BERGANTUNG PADA KEKUATAN DIRI SENDIRI
7. Apakah yang dapat kita pelajari daripada contoh Paulus?
7 Contoh Paulus mengajar kita bahawa kita tidak patut bergantung pada kekuatan atau kebolehan diri sendiri semasa menyembah Yehuwa. Dari sudut pandangan manusia, Paulus memang ada sebab untuk menjadi sombong dan bergantung pada diri sendiri. Dia membesar di Tarsus, ibu kota sebuah wilayah Roma yang makmur dan mempunyai pusat pendidikan yang terkenal. Paulus seorang yang terpelajar, dan dia merupakan anak murid Gamaliel, seorang pemimpin Yahudi yang sangat disegani. (Kis. 5:34; 22:3) Selain itu, Paulus berpengaruh dalam masyarakat Yahudi. Dia berkata, “Berbanding dengan ramai orang yang sebaya dan sebangsa denganku, aku membuat lebih banyak kemajuan dalam hal agama Yahudi.” (Gal. 1:13, 14; Kis. 26:4) Namun, Paulus tidak menjadikan semua itu sebagai alasan untuk bergantung pada diri sendiri.
8. Menurut Filipi 3:8, bagaimanakah Paulus memandang hal-hal yang telah dilepaskannya? Mengapakah dia ‘berasa senang hati semasa dia lemah’?
8 Paulus rela melepaskan segala kelebihan yang dapat membuatnya disanjung orang ramai dan menganggap semua itu sebagai “sampah sahaja.” (Baca Filipi 3:8.) Setelah menjadi pengikut Kristus, Paulus menghadapi banyak kesusahan. Contohnya, dia dibenci oleh bangsanya sendiri. (Kis. 23:12-14) Dia warganegara Roma, tetapi dia dipukul dan dipenjarakan oleh orang Roma. (Kis. 16:19-24, 37) Selain itu, Paulus sedar bahawa dia tidak sempurna dan perlu bergelut untuk melakukan apa yang benar. (Rm. 7:21-25) Namun, dia tidak membiarkan penentangnya atau kelemahannya membuatnya berhenti mengikut Kristus. Sebaliknya, Paulus ‘berasa senang hati semasa dia lemah.’ Mengapa? Kerana bantuan Tuhan menjadi lebih nyata pada saat dia lemah.—2 Kor. 4:7; 12:10.
9. Bagaimanakah kita patut memandang kekurangan yang kita miliki?
1 Kor. 1:26, 27) Jadi, jika anda tidak mempunyai kelebihan yang disebut tadi, janganlah berasa bahawa anda tidak dapat menyembah Yehuwa. Sebaliknya, anggaplah kekurangan anda sebagai peluang untuk merasai kuasa Yehuwa. Contohnya, jika anda berasa takut sewaktu orang mempersoalkan kepercayaan anda, berdoalah supaya Yehuwa membantu anda mempertahankan kepercayaan anda dengan berani. (Ef. 6:19, 20) Jika anda berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, mintalah kekuatan daripada Yehuwa supaya anda dapat melakukan apa yang terdaya untuk berkhidmat kepada-Nya. Setiap kali anda merasai bantuan Yehuwa, iman anda akan semakin teguh dan anda akan menjadi semakin kuat.
9 Untuk mendapat kuasa daripada Yehuwa dan menjadi berguna di mata-Nya, kita tidak perlu memiliki kesihatan yang baik, pendidikan yang tinggi, kedudukan yang terkemuka, ataupun harta yang banyak. Ingatlah bahawa kebanyakan orang yang digunakan oleh Yehuwa ialah “orang yang dianggap lemah di dalam dunia ini,” dan hanya segelintir daripada umat Tuhan yang dianggap oleh dunia sebagai orang yang bijaksana, berkuasa, dan berasal daripada golongan bangsawan. (BELAJAR DARIPADA WATAK-WATAK BIBLE
10. Mengapakah kita patut mengkaji contoh hamba-hamba Tuhan yang setia seperti mereka yang disebut di Ibrani 11:32-34?
10 Semasa mengkaji Ayat-Ayat Suci, Paulus bukan sahaja mempelajari fakta, tetapi dia juga belajar daripada watak-watak Bible. Dalam suratnya kepada orang Kristian yang berbangsa Ibrani, Paulus telah menyebut tentang banyak hamba Yehuwa yang setia, seperti Raja Daud. (Baca Ibrani 11:32-34.) Fikirkan kisah hidup Daud. Dia bukan sahaja ditentang oleh musuh, tetapi juga ditentang oleh orang yang dahulunya merupakan sahabatnya. Mari kita lihat bagaimana contoh Daud telah menguatkan Paulus dan bagaimana kita dapat meniru Paulus.
11. Mengapakah Daud kelihatan lemah? (Lihat gambar pada muka depan majalah.)
11 Semasa Daud berdepan dengan Goliat, dia masih sangat muda dan tidak pernah dilatih untuk berperang. Goliat pula lebih besar, lebih kuat, mempunyai perlengkapan yang lebih baik, dan lebih berpengalaman di medan perang. Oleh itu, Goliat “mengejek dan mentertawakannya.” Meskipun Daud kelihatan lemah, dia sebenarnya kuat kerana dia bergantung pada kuasa Yehuwa. Hasilnya, dia berjaya mengalahkan Goliat.—1 Sam. 17:41-45, 50.
12. Apakah satu lagi cabaran yang mungkin membuat Daud berasa lemah?
12 Terdapat satu lagi cabaran yang mungkin membuat Daud berasa lemah. Dia berkhidmat dengan setia kepada Saul, raja yang dilantik oleh Yehuwa. Pada mulanya, Raja Saul menghormati Daud. Tetapi, dia kemudiannya menjadi sombong lalu iri hati terhadap Daud. Saul melayan Daud dengan buruk dan bahkan cuba membunuhnya.—1 Sam. 18:6-9, 29; 19:9-11.
13. Apakah yang dilakukan oleh Daud semasa dilayan dengan tidak adil oleh Raja Saul?
13 Meskipun dilayan dengan tidak adil, Daud terus menunjukkan hormat kepada raja yang dilantik oleh Yehuwa. (1 Sam. 24:6) Daud tidak menyalahkan Yehuwa atas perbuatan jahat Raja Saul. Sebaliknya, Daud bergantung pada Yehuwa, dan Yehuwa telah memberinya kekuatan untuk menghadapi cubaan itu dengan tabah.—Mzm. 18:1, penerangan.
14. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Rasul Paulus?
14 Rasul Paulus juga menghadapi cabaran yang serupa. Contohnya, Paulus dibenci dan 2 Kor. 12:11; Flp. 3:18) Namun, Paulus berjaya mengatasi semua cabaran itu. Bagaimana? Dia terus menginjil meskipun ditentang. Dia tetap setia kepada saudara saudarinya bahkan semasa mereka mengecewakannya. Yang terpenting, dia tetap setia kepada Tuhan sampai akhir hayatnya. (2 Tim. 4:8) Paulus dapat berbuat demikian, bukan kerana dia bergantung pada kekuatannya sendiri, tetapi kerana dia bergantung pada Yehuwa.
ditentang oleh pemimpin yang jauh lebih berkuasa daripadanya. Akibatnya, dia sering dipukul dan dipenjarakan. Paulus juga dilayan dengan buruk oleh orang yang dahulunya merupakan sahabatnya. Dia bahkan menghadapi tentangan daripada orang di dalam sidang. (15. Apakah yang ingin kita lakukan, dan bagaimanakah kita dapat mencapai matlamat itu?
15 Adakah anda dihina atau dianiaya oleh rakan sekolah, rakan sekerja, atau ahli keluarga yang bukan Saksi? Adakah seseorang di sidang melayan anda dengan buruk? Jika ya, ingatlah bahawa seperti Daud dan Paulus, anda dapat ‘terus mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.’ (Rm. 12:21) Untuk berbuat demikian, anda tidak perlu membenamkan batu ke dalam dahi musuh seperti yang dilakukan oleh Daud. Sebaliknya, matlamat anda adalah untuk “membenamkan” Firman Tuhan dalam hati dan minda orang. Maka gunakanlah Bible untuk menjawab soalan orang, teruslah bersikap hormat dan sopan terhadap orang yang melayan anda dengan buruk, dan teruslah berbuat baik kepada semua orang, termasuk musuh anda.—Mat. 5:44; 1 Ptr. 3:15-17.
TERIMALAH BANTUAN ORANG LAIN
16-17. Apakah yang tidak dilupakan oleh Paulus?
16 Sebelum Paulus, yang dahulunya dikenali sebagai Saulus, menjadi pengikut Kristus, dia seorang pemuda yang biadab dan menganiaya murid Yesus. (Kis. 7:58; 1 Tim. 1:13) Untuk menghalang Paulus daripada mengancam sidang Kristian, Yesus bercakap kepadanya dari syurga dan membutakannya. Agar penglihatannya dipulihkan, Paulus terpaksa meminta bantuan daripada orang yang dianiayanya. Dia telah merendahkan diri dan menerima bantuan daripada Ananias, seorang murid Yesus.—Kis. 9:3-9, 17, 18.
17 Setelah menjadi orang Kristian yang dikenali ramai, Paulus tidak melupakan pengajaran yang diperolehnya dalam perjalanannya ke Damsyik. Paulus tetap rendah hati dan sudi menerima bantuan daripada saudara saudarinya. Dia mengaku bahawa ‘merekalah yang membantu dan menguatkannya.’—Kol. 4:10, 11, nota kaki.
18. Mengapakah kita ada kalanya teragak-agak untuk menerima bantuan orang lain?
18 Apakah yang dapat kita pelajari daripada Paulus? Semasa kita mula mempelajari kebenaran, kita mungkin sangat mengalu-alukan bantuan orang lain kerana sedar bahawa kita seperti bayi dan masih belum mengetahui banyak hal. (1 Kor. 3:1, 2) Namun, setelah menyembah Yehuwa selama bertahun-tahun dan menimba banyak pengalaman, kita mungkin tidak begitu sudi menerima bantuan, khususnya jika orang yang ingin membantu kita itu lebih baru dalam kebenaran berbanding kita. Namun, ingatlah bahawa Yehuwa sering menggunakan saudara saudari kita untuk menguatkan kita. (Rm. 1:11, 12) Jadi, untuk menerima kekuatan daripada Yehuwa, kita harus rela menerima bantuan mereka.
19. Apakah yang membolehkan Paulus berjaya?
19 Selepas menjadi orang Kristian, Paulus telah melaksanakan banyak hal yang menakjubkan. Mengapa? Kerana dia belajar bahawa kejayaan tidak bergantung pada kekuatan, pendidikan, kekayaan, ataupun kedudukan seseorang. Sebaliknya, untuk berjaya, dia harus rendah hati dan bergantung pada Yehuwa. Semoga kita semua meniru teladan Paulus dengan (1) bergantung pada Yehuwa, (2) belajar daripada watak-watak Bible, dan (3) menerima bantuan daripada rakan seiman. Dengan itu, biarpun kita berasa sangat lemah, Yehuwa akan menjadikan kita sangat kuat!
LAGU 71 Kita Askar Yehuwa!
^ per. 5 Dalam rencana ini, kita akan mengkaji teladan Rasul Paulus. Kita akan belajar bahawa jika kita rendah hati, Yehuwa akan memberi kita kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi kelemahan kita dan membantu kita tetap tabah semasa diejek.
^ per. 1 MAKSUD UNGKAPAN: Kita mungkin berasa lemah atas beberapa sebab, contohnya kerana kita tidak sempurna, miskin, sakit, atau tidak berpendidikan tinggi. Selain itu, kita mungkin berasa lemah akibat hinaan atau penganiayaan daripada musuh.
^ per. 57 KETERANGAN GAMBAR: Semasa Paulus keluar untuk mengkhabarkan berita tentang Kristus, dia meninggalkan barang-barang yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya sebagai orang Farisi, seperti gulungan yang mengandungi falsafah dunia dan bekas ayat suci.
^ per. 61 KETERANGAN GAMBAR: Seorang saudara didesak oleh rakan sekerjanya untuk menyertai sambutan hari jadi.