RENCANA PEMBELAJARAN 7
Kita Amat Mengasihi Yehuwa, Bapa Kita
“Kita menunjukkan kasih, kerana Tuhan menunjukkan kasih kepada kita terlebih dahulu.”—1 YOH. 4:19.
LAGU 3 Engkaulah Sumber Kekuatan, Harapan, dan Keyakinan
PENGENALAN *
1-2. Mengapakah dan bagaimanakah Yehuwa membolehkan kita untuk menyertai keluarga-Nya?
YEHUWA telah menjemput kita untuk menyertai keluarga-Nya. Hal itu memang penghormatan yang besar! Keluarga kita yang bahagia terdiri daripada saudara saudari yang telah membaktikan diri kepada Tuhan dan yang beriman kepada korban tebusan Anak-Nya. Kita menikmati kehidupan yang bermakna sekarang dan berpeluang untuk hidup kekal pada masa depan, sama ada di syurga ataupun di bumi firdaus.
2 Yehuwa amat mengasihi kita, maka Dia telah membuat pengorbanan yang besar supaya kita dapat menyertai keluarga-Nya. (Yoh. 3:16) Dengan menyediakan tebusan, Yehuwa ‘membeli kita dengan harga yang tinggi’ dan membolehkan kita menjalin hubungan yang akrab dengan-Nya. (1 Kor. 6:20) Hasilnya, kita dapat memanggil Tuhan Yang Maha Tinggi sebagai Bapa kita, dan Dia sesungguhnya Bapa yang terbaik, seperti yang dinyatakan dalam rencana sebelumnya.
3. Apakah soalan yang mungkin kita tanya? (Lihat juga kotak “ Adakah Yehuwa Memperhatikan Saya?”)
3 Kita mungkin berasa seperti penulis mazmur yang bertanya, “Apakah yang dapat aku berikan kepada Yehuwa untuk membalas segala kebaikan-Nya terhadapku?” (Mzm. 116:12) Tidak mungkin kita dapat membalas segala kebaikan Yehuwa. Namun, kita terdorong untuk membalas kasih-Nya. Rasul Yohanes menulis, “Kita menunjukkan kasih, kerana Tuhan menunjukkan kasih kepada kita terlebih dahulu.” (1 Yoh. 4:19) Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kasih kita kepada Bapa kita yang di syurga?
TETAP AKRAB DENGAN YEHUWA
4. Menurut Yakobus 4:8, mengapakah kita harus berusaha untuk menghampiri Yehuwa?
4 Yehuwa ingin kita menghampiri-Nya dan berkomunikasi dengan-Nya. (Baca Yakobus 4:8.) Dia menggalakkan kita agar ‘terus berdoa dengan tekun.’ (Rm. 12:12) Yehuwa tidak akan berasa penat, dan Dia tidak akan terlalu sibuk untuk melayan kita. Sebaliknya, Dia sentiasa bersedia mendengar doa kita. Kita pula dapat mendengar kata-kata Yehuwa dengan membaca Bible dan bahan bacaan Bible. Kita juga perlu memberikan perhatian semasa di perjumpaan. Sebagaimana komunikasi yang baik dapat merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak, kita juga dapat tetap akrab dengan Yehuwa jika kita sering berkomunikasi dengan-Nya.
5. Bagaimanakah kita dapat meningkatkan mutu doa kita?
5 Fikirkan mutu doa anda. Yehuwa ingin kita mencurahkan isi hati kita kepada-Nya. (Mzm. 62:8) Maka, tanyalah diri, “Adakah doa saya seperti notis yang dicetak berulang kali di mesin fotokopi, atau adakah doa saya seperti surat peribadi yang dikarang untuk seorang sahabat yang istimewa?” Anda tentu sangat mengasihi Yehuwa dan ingin memelihara hubungan anda dengan-Nya. Untuk berbuat demikian, anda mesti berkomunikasi dengan-Nya secara tetap. Jadi, beritahulah Yehuwa isi hati anda yang terpendam. Kongsilah dengan-Nya suka dan duka anda, dan yakinlah bahawa anda boleh meminta bantuan-Nya.
6. Apakah yang mesti kita lakukan untuk tetap akrab dengan Bapa kita yang di syurga?
6 Untuk tetap akrab dengan Bapa kita yang di syurga, kita mesti sentiasa bersyukur kepada-Nya. Kita bersetuju dengan penulis mazmur yang berkata, “Ya Yehuwa, Tuhanku, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi-Mu! Engkau telah melakukan banyak perkara yang menakjubkan bagi kami; Engkau telah melaksanakan tujuan-Mu yang mulia bagi kami. Jika aku mencuba mengisahkan semua itu, jumlahnya tidak dapat dihitung, dan tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya!” (Mzm. 40:5) Namun, sekadar berasa syukur tidak cukup; kita juga patut menunjukkan kesyukuran kita melalui kata-kata dan perbuatan. Dengan itu, kita berbeza daripada kebanyakan orang sekarang yang tidak menghargai perbuatan Tuhan. Bible menyatakan bahawa salah satu sifat yang ditunjukkan orang pada “hari-hari terakhir” ialah sifat tidak tahu berterima kasih. (2 Tim. 3:1, 2) Semoga kita tidak dijangkiti perangai sedemikian!
7. Apakah yang diingini Yehuwa daripada kita? Mengapa?
7 Ibu bapa tidak ingin anak-anak mereka bergaduh. Begitu juga, Yehuwa ingin semua anak-Nya hidup harmoni. Ingatlah, kasih kita terhadap satu sama lain merupakan tanda pengenal orang Kristian sejati. (Yoh. 13:35) Kita bersetuju dengan penulis mazmur yang berkata, “Alangkah baiknya dan indahnya apabila semua saudara hidup bersatu padu!” (Mzm. 133:1) Apabila kita mengasihi saudara saudari, kita membuktikan bahawa kita mengasihi Yehuwa. (1 Yoh. 4:20) Kita amat gembira kerana saudara saudari dalam keluarga rohani kita berusaha ‘menunjukkan kebaikan hati kepada satu sama lain dan berbelas kasihan.’—Ef. 4:32.
TUNJUKKAN KASIH MELALUI KEPATUHAN ANDA
8. Menurut 1 Yohanes 5:3, apakah sebab utama kita mematuhi Yehuwa?
8 Yehuwa ingin anak-anak mematuhi ibu bapa, dan Dia ingin kita mematuhi-Nya. (Ef. 6:1) Kita patut mematuhi Yehuwa, kerana Dialah Pencipta kita, Pemelihara nyawa kita, dan Bapa kita yang paling bijaksana. Namun, sebab utama kita mematuhi Yehuwa adalah kerana kita mengasihi-Nya. (Baca 1 Yohanes 5:3.) Meskipun kita ada begitu banyak sebab untuk mematuhi Yehuwa, Dia tidak memaksa kita untuk berbuat demikian. Yehuwa telah mengurniai kita kebebasan untuk memilih, maka apabila kita mengasihi-Nya dan memilih untuk mematuhi-Nya, Yehuwa akan sangat gembira.
9-10. Mengapakah kita perlu mengenali dan mematuhi perintah Tuhan?
9 Ibu bapa ingin melindungi anak, oleh itu mereka akan menetapkan peraturan yang bermanfaat untuk anak. Apabila anak-anak mematuhi peraturan itu, mereka menunjukkan bahawa mereka menghormati dan mempercayai ibu bapa. Jika demikian, bukankah lebih penting lagi untuk mengenali dan mematuhi perintah Bapa kita yang di syurga? Apabila kita berbuat demikian, kita menunjukkan bahawa kita mengasihi dan menghormati Yehuwa, dan kita sendiri pun akan meraih manfaat. (Yes. 48:17, 18) Tetapi orang yang menolak Yehuwa dan perintah-Nya pula akhirnya akan merugikan diri sendiri.—Gal. 6:7, 8.
10 Apabila kita hidup menurut perintah Yehuwa, kita dilindungi secara fizikal, emosi, dan rohani. Yehuwa tahu apa yang terbaik untuk kita. Aurora dari Amerika Syarikat berkata, “Saya tahu bahawa jika saya patuhi Yehuwa, saya akan menikmati hidup yang terbaik.” Jika kita mematuhi Yehuwa, kita pun dapat
menuai berkat sebegitu. Apakah manfaat yang telah anda raih setelah mematuhi perintah Yehuwa?11. Bagaimanakah doa membantu kita?
11 Doa membantu kita tetap taat, bahkan pada masa yang mencabar. Ada masanya kita akan berasa susah untuk mematuhi Yehuwa, tetapi kita mesti terus melawan kecenderungan untuk berdosa. Seorang pemazmur merayu kepada Tuhan, “Bangkitkanlah keinginan dalam diriku untuk mentaati-Mu dengan rela.” (Mzm. 51:12) Denise, seorang perintis biasa, berkata, “Jika saya berasa susah untuk mematuhi satu perintah Yehuwa, saya berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan apa yang benar.” Yehuwa pasti mengabulkan permohonan sebegitu.—Luk. 11:9-13.
BANTU ORANG LAIN MENGASIHI BAPA KITA
12. Menurut Efesus 5:1, apakah yang patut kita lakukan?
12 Baca Efesus 5:1. Sebagai ‘anak-anak yang dikasihi Yehuwa,’ kita berusaha untuk meniru sifat-sifat-Nya, seperti kasih, kebaikan hati, dan sikap sudi mengampuni. Apabila orang yang tidak mengenali Tuhan melihat kelakuan baik kita, mereka mungkin terdorong untuk mengenali-Nya. (1 Ptr. 2:12) Ibu bapa Kristian juga patut meniru Yehuwa semasa melayan anak-anak mereka. Hal itu dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk menjalin persahabatan sendiri dengan Bapa kita yang pengasih.
13. Bagaimanakah kita dapat bercakap tentang Yehuwa dengan berani?
13 Seorang anak berasa bangga akan bapanya Mzm. 34:2) Tetapi bagaimana pula jika kita pemalu? Bagaimanakah kita dapat bercakap tentang Yehuwa dengan berani? Ingatlah bahawa apabila kita berbuat demikian, Yehuwa berasa sangat gembira, dan orang yang sudi mendengar akan mendapat banyak manfaat. Apabila kita ingat akan hal itu, kita akan menjadi lebih berani. Yehuwa juga akan memberi kita keberanian, seperti yang dilakukan-Nya untuk orang Kristian abad pertama.—1 Tes. 2:2.
dan ingin memberitahu orang lain tentang bapanya. Kita juga bangga akan Yehuwa, Bapa kita yang di syurga, dan kita ingin orang lain mengenali-Nya. Kita ingin menjadi seperti Raja Daud yang berkata, “Aku akan berbangga kerana Yehuwa.” (14. Mengapakah penting untuk menyebarkan berita baik?
14 Yehuwa tidak berat sebelah, dan Dia berasa gembira semasa kita menunjukkan kasih kepada orang daripada pelbagai latar belakang. (Kis. 10:34, 35) Salah satu cara kita dapat menunjukkan kasih adalah dengan menyebarkan berita baik. (Mat. 28:19, 20) Mengapa? Kerana orang yang mendengar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik sekarang dan berpeluang hidup selama-lamanya pada masa depan.—1 Tim. 4:16.
KASIHILAH BAPA KITA DAN HIDUPLAH DENGAN BAHAGIA
15-16. Apakah sebabnya kita dapat bersukacita?
15 Yehuwa, Bapa kita yang pengasih, ingin keluarga-Nya hidup bahagia. (Yes. 65:14) Biarpun kita menghadapi masalah dalam dunia sekarang, kita ada banyak sebab untuk bersukacita. Contohnya, kita yakin bahawa Bapa kita yang di syurga amat menyayangi kita. Kita memiliki pengetahuan yang tepat tentang Firman-Nya, iaitu Bible. (Yer. 15:16) Kita juga mempunyai keluarga rohani yang mengasihi Yehuwa, mencintai hukum-Nya, dan yang mengasihi satu sama lain.—Mzm. 106:4, 5.
16 Kita dapat tetap bersukacita kerana kita yakin bahawa masa depan yang cerah menantikan kita. Kita tahu bahawa tidak lama lagi, Yehuwa akan melenyapkan segala kejahatan, dan Kerajaan-Nya akan menjadikan seluruh bumi sebuah firdaus. Kita juga menantikan masanya kita dapat bersatu semula dengan orang tersayang yang dibangkitkan. (Yoh. 5:28, 29) Yang terpenting, tidak lama lagi semua makhluk di syurga dan di bumi akan menyembah, memuji, dan memuliakan Bapa kita yang pengasih. Setelah memikirkan harapan yang menakjubkan ini, tidakkah hati kita melimpah dengan sukacita?
LAGU 12 Tuhan Yehuwa Yang Maha Kuasa
^ per. 5 Kita tahu bahawa Bapa kita, Yehuwa, amat mengasihi kita dan telah menerima kita ke dalam keluarga rohani-Nya. Oleh itu, kita terdorong untuk membalas kasih-Nya. Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian? Rencana ini akan membincangkan beberapa cara untuk melakukannya.