RENCANA PEMBELAJARAN 14
Adakah Anda Melaksanakan Tugas Anda dengan Sepenuhnya?
“Hendaklah kamu . . . terus menyebarkan berita baik, dan melaksanakan tugas kamu dengan sepenuhnya.”—2 TIM. 4:5, nota kaki.
LAGU 57 Menginjil kepada Semua Orang
PENGENALAN *
1. Apakah yang ingin dilakukan oleh semua hamba Tuhan yang setia? Mengapa? (Lihat gambar pada muka depan majalah.)
KRISTUS YESUS menyuruh murid-muridnya, “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.” (Mat. 28:19) Semua hamba Tuhan yang setia ingin mengetahui cara untuk melaksanakan tugas itu “dengan sepenuhnya.” (2 Tim. 4:5) Itulah kerja yang paling penting, paling bermakna, dan paling mendesak. Sudah pasti kita ingin meluangkan seberapa banyak masa yang mungkin dalam kerja ini. Namun, hal itu tidak mudah.
2. Apakah cabaran yang mungkin menghalang kita daripada melaksanakan tugas Kristian kita?
2 Terdapat banyak kegiatan penting yang lain, yang memakan masa dan tenaga kita. Contohnya, kita mungkin perlu bekerja untuk waktu yang panjang setiap hari untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga. Kita atau ahli keluarga kita mungkin perlu bergelut dengan penyakit, kemurungan, atau masalah lain akibat usia tua. Bagaimanakah kita dapat melaksanakan tugas Kristian kita dengan sepenuhnya semasa dilanda begitu banyak cabaran?
3. Apakah yang kita pelajari daripada kata-kata Yesus di Matius 13:23?
3 Jika masa dan tenaga yang dapat kita gunakan untuk kerja Yehuwa terhad akibat keadaan hidup kita, janganlah tawar hati. Yesus tahu bahawa kemampuan setiap orang berbeza-beza. (Baca Matius 13:23.) Selagi kita melakukan yang terbaik untuk menghasilkan buah Kerajaan Tuhan, Yehuwa amat menghargainya. (Ibr. 6:10-12) Bagaimana pula jika kita mendapati bahawa kita mampu melakukan lebih banyak lagi untuk Yehuwa? Rencana ini akan membincangkan bagaimana kita dapat mengutamakan kerja Tuhan dalam kehidupan sendiri, bagaimana kita dapat menyederhanakan kehidupan kita, dan bagaimana kita dapat menjadi penginjil dan pengajar yang lebih mahir. Mula-mulanya, apakah maksud melaksanakan tugas kita dengan sepenuhnya?
4. Bagaimanakah kita dapat melaksanakan tugas kita dengan sepenuhnya?
4 Untuk melaksanakan tugas kita dengan sepenuhnya, kita mesti menginjil dan mengajar orang dengan sedaya upaya. Namun, sekadar meluangkan banyak masa untuk kerja ini tidak cukup. Niat kita juga penting bagi Yehuwa. Kasih untuk Yehuwa dan orang lain akan mendorong kita untuk melakukan tugas * ini dengan sepenuh jiwa. (Mrk. 12:30, 31; Kol. 3:23) Hal itu bermaksud kita akan menggunakan seberapa banyak tenaga yang mampu untuk menjalankan kerja Tuhan. Jika kita menghargai penghormatan untuk menginjil, kita akan berusaha mengongsi berita baik dengan seberapa ramai orang yang mungkin.
5-6. Bagaimanakah seseorang yang masanya terhad dapat mengutamakan kerja penyebaran? Jelaskan dengan menggunakan contoh.
5 Bayangkan seorang pemuda yang suka bermain gitar. Dia mendapat pekerjaan bermain gitar di kafe pada hujung minggu, tetapi pendapatannya tidak cukup. Jadi, dia bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai runcit dari hari Isnin hingga Jumaat. Meskipun kebanyakan masanya dihabiskan di kedai runcit, muzik tetap dekat di hatinya. Dia ingin sekali menjadi pemain gitar sepenuh masa yang mahir. Oleh itu, dia akan mencari masa, biarpun waktu yang singkat, untuk bermain gitar. Itulah waktu yang paling menggembirakan baginya.
6 Begitu juga, anda mungkin sangat menggemari kerja penyebaran tetapi tidak dapat meluangkan banyak masa untuk menginjil. Meskipun anda perlu mengurus banyak perkara dalam kehidupan, anda masih berusaha untuk menjadi penginjil yang lebih mahir supaya dapat mencapai hati orang. Jadi, anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimanakah saya dapat mengutamakan kerja penyebaran?”
CARA MENGUTAMAKAN KERJA PENYEBARAN
7-8. Apakah sikap Yesus terhadap kerja penyebaran? Bagaimanakah kita dapat meniru sikapnya?
7 Yesus mempunyai sikap yang amat baik terhadap kerja penyebaran. Dia berjalan beratus-ratus kilometer untuk menginjil kepada seberapa ramai orang yang mungkin, dan dia menggunakan setiap kesempatan untuk bercakap kepada orang, sama ada di tempat awam ataupun di rumah mereka. Yesus memang teladan yang baik, kerana dia menjadikan kerja penyebaran hal yang terpenting dalam kehidupannya.—Yoh. 4:34, 35.
8 Kita dapat meniru sikap Kristus dengan mencari peluang untuk mengongsi berita baik pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kita sudi mengorbankan keselesaan diri supaya dapat menginjil. (Mrk. 6:31-34; 1 Ptr. 2:21) Sesetengah ahli sidang berkhidmat sebagai perintis khas, perintis biasa, atau perintis sokongan. Ada juga yang mempelajari bahasa baharu atau berpindah ke kawasan yang memerlukan lebih banyak penyiar. Namun begitu, sebahagian besar kerja penyebaran dilakukan oleh penyiar biasa yang berusaha dengan sedaya upaya. Tidak kira apa situasi kita, Yehuwa tidak akan meminta sesuatu di luar kemampuan kita. Dia mahu kita menikmati tugas suci kita untuk menyebarkan “berita baik yang mulia tentang Tuhan yang gembira.”—1 Tim. 1:11; Ul. 30:11.
9. (a) Meskipun Paulus perlu bekerja untuk mencari nafkah, bagaimanakah dia tetap mengutamakan kerja penyebaran? (b) Apakah yang kita pelajari tentang sikap Paulus daripada Kisah 28:16, 30, 31?
9 Rasul Paulus juga mengutamakan kerja penyebaran. Dalam perjalanannya yang kedua sebagai mubaligh, dia kekurangan wang semasa di Korintus dan perlu bekerja sebagai pembuat khemah. Namun, itu bukanlah pekerjaan utama Paulus. Dia melakukan kerja itu untuk menyara kehidupan sendiri, supaya dia dapat menyebarkan berita baik kepada orang di Korintus “tanpa mengenakan bayaran.” (2 Kor. 11:7) Walaupun dia perlu bekerja, dia masih mengutamakan kerja penyebaran dan akan menginjil pada setiap hari Sabat. Selepas menerima bantuan kewangan, Paulus “menggunakan seluruh masanya untuk mengkhabarkan firman Tuhan. Dia memberikan kesaksian kepada orang Yahudi untuk membuktikan bahawa Yesus ialah Kristus.” (Kis. 18:3-5; 2 Kor. 11:9) Kemudian, semasa Paulus ditahan di rumahnya di Roma selama dua tahun, dia masih memberikan kesaksian kepada para pelawat dan menulis surat kepada rakan seimannya. (Baca Kisah 28:16, 30, 31.) Paulus tidak membiarkan apa-apa pun menghalangnya daripada menjalankan kerja penyebaran. Dia menulis, “Kami mempunyai tugas suci ini . . . Oleh itu, kami tidak berputus asa.” (2 Kor. 4:1) Seperti Paulus, kita masih dapat mengutamakan kerja penyebaran walaupun kita perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari nafkah.
10-11. Jika kita ada masalah kesihatan, bagaimanakah kita dapat melaksanakan kerja penyebaran dengan sepenuhnya?
10 Jika kita tidak dapat menginjil dari rumah ke rumah kerana usia yang meningkat atau masalah kesihatan yang lain, kita dapat menggunakan cara yang lain untuk memberikan kesaksian. Orang Kristian abad pertama menginjil kepada ‘sesiapa sahaja yang ditemui,’ tidak kira dari rumah ke rumah, di tempat awam, atau secara tidak formal. (Kis. 17:17; 20:20) Jika kita susah berjalan, kita dapat duduk di tempat awam dan menginjil kepada orang yang lalu-lalang. Kita juga boleh memberikan kesaksian tidak formal, atau menginjil melalui surat atau telefon. Ramai penyiar yang tidak dapat menginjil dari rumah ke rumah telah menuai kepuasan dan sukacita yang besar melalui cara-cara sebegini.
Flp. 4:13) Paulus pernah jatuh sakit semasa perjalanannya sebagai mubaligh, tetapi kuasa Tuhan telah membantunya untuk melaksanakan tugasnya. Dia memberitahu orang Kristian di Galatia, “Aku berpeluang untuk mengkhabarkan berita baik kepada kamu buat kali pertama kerana penyakitku.” (Gal. 4:13) Begitu juga, masalah kesihatan anda mungkin membuka peluang bagi anda untuk menyebarkan berita baik kepada orang yang biasanya tiada di rumah semasa kita menginjil, seperti doktor, jururawat, dan ahli perubatan yang lain.
11 Biarpun anda mempunyai masalah kesihatan, anda masih dapat melaksanakan kerja penyebaran dengan sepenuhnya. Rasul Paulus berkata, “Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.” (CARA MENYEDERHANAKAN KEHIDUPAN ANDA
12. Apakah maksud memastikan mata kita “tertumpu kepada satu perkara sahaja”?
12 Yesus berkata, “Mata ialah pelita tubuh. Jadi, jika matamu tertumpu kepada satu perkara sahaja, seluruh tubuhmu akan menjadi terang.” (Mat. 6:22) Maksudnya, kehidupan kita harus sederhana dan tertumpu kepada satu matlamat sahaja. Kehidupan Yesus tertumpu kepada aktiviti penyebaran, dan dia mengajar murid-muridnya agar berfokus kepada khidmat Yehuwa dan Kerajaan Tuhan. Untuk meniru Yesus, kerja penyebaran harus menjadi kegiatan yang terpenting dalam kehidupan kita. Kita tidak membiarkan hal lain menyimpangkan perhatian kita, dan kita sentiasa “mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya.”—Mat. 6:33.
13. Bagaimanakah kita dapat bertumpu kepada kerja penyebaran?
* Contohnya, kita boleh mencuba mengubah jadual kerja kita supaya mempunyai lebih banyak masa untuk menginjil semasa pertengahan minggu, atau kita boleh mengurangkan sesetengah kegiatan rekreasi yang memakan banyak masa.
13 Satu cara untuk bertumpu kepada kerja penyebaran adalah dengan menyederhanakan kehidupan kita, supaya kita dapat meluangkan lebih banyak masa untuk membantu orang lain mengenali dan mengasihi Yehuwa.14. Apakah yang dilakukan sepasang suami isteri supaya dapat bertumpu kepada kerja penyebaran?
14 Seorang penatua bernama Elias dan isterinya telah menyederhanakan kehidupan mereka. Elias menjelaskan, “Kami tidak dapat mula merintis dengan segera, jadi kami mengambil langkah-langkah kecil supaya dapat meluangkan lebih banyak masa untuk kerja penyebaran. Contohnya, kami mengurangkan perbelanjaan hidup dan meminta majikan kami untuk mengubah jadual kerja kami. Kami juga mendapati bahawa kami menghabiskan terlalu banyak masa untuk hiburan, maka kami mengurangkan kegiatan rekreasi. Hasilnya, kami dapat menginjil pada sebelah petang, mengadakan lebih banyak pembelajaran Bible, dan menyertai kerja penyebaran pertengahan minggu dua kali sebulan. Kami sangat menikmatinya!”
CARA UNTUK MENGINJIL DAN MENGAJAR DENGAN LEBIH MAHIR
15-16. Menurut 1 Timotius 4:13, 15, bagaimanakah kita dapat menjadi penginjil yang semakin mahir? (Lihat juga kotak “ Matlamat yang Dapat Membantu Saya Melaksanakan Tugas Saya dengan Sepenuhnya.”)
15 Satu lagi cara untuk melaksanakan kerja penyebaran dengan sepenuhnya adalah dengan Ams. 1:5; baca 1 Timotius 4:13, 15.
menjadi penginjil dan pengajar yang lebih mahir. Dalam sesetengah bidang pekerjaan, latihan dan kursus yang berterusan diperlukan supaya para pekerja menjadi lebih mahir dan berpengetahuan. Begitu juga, para penyiar Kerajaan Tuhan perlu terus belajar untuk meningkatkan kemahiran mereka.—16 Bagaimanakah kita dapat menjadi penyiar yang semakin cekap? Dengan memberikan perhatian kepada ajaran yang disampaikan setiap minggu semasa Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian. Melalui perjumpaan ini, kita dilatih supaya dapat menginjil dengan lebih mahir. Contohnya, semasa pengerusi memberikan nasihat kepada mereka yang diberi tugasan, cubalah mengenal pasti cadangan-cadangan yang berguna untuk diri kita. Kemudian, gunakanlah cadangan-cadangan itu apabila kita berpeluang mengongsi berita baik. Kita boleh meminta bantuan penyelia kumpulan aktiviti penyebaran kita atau menginjil bersama-samanya. Kita juga boleh melakukan kerja penyebaran bersama seorang penyiar yang berpengalaman, seorang perintis, atau bersama penyelia litar. Apabila kita semakin mahir menggunakan setiap bahan dalam Bahan Utama untuk Mengajar, kita akan semakin menikmati kerja menginjil dan mengajar orang.
17. Apakah hasilnya apabila anda melaksanakan tugas suci anda dengan sepenuhnya?
17 Kita amat bersyukur kerana Yehuwa memberi kita peluang untuk menjadi ‘rakan sekerja-Nya’! (1 Kor. 3:9) Apabila anda “mengenal pasti perkara-perkara yang lebih penting” dan bertumpu kepada kerja penyebaran, anda akan ‘berkhidmat kepada Yehuwa dengan gembira.’ (Flp. 1:10; Mzm. 100:2) Yakinlah bahawa Tuhan pasti memberi anda kuasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas suci anda walaupun anda mungkin menghadapi banyak cabaran atau masalah. (2 Kor. 4:1, 7; 6:4) Selagi anda melaksanakan tugas anda dengan sepenuh jiwa, anda dapat “berasa gembira,” tidak kira anda dapat meluangkan banyak atau sedikit masa untuk kerja ini. (Gal. 6:4) Jika anda melaksanakan tugas anda dengan sepenuhnya, anda membuktikan bahawa anda mengasihi Tuhan dan orang lain. ‘Dengan berbuat demikian, anda akan menyelamatkan diri sendiri dan mereka yang mendengarkan anda.’—1 Tim. 4:16.
LAGU 58 Mencari Insan yang Cintai Kedamaian
^ per. 5 Kita telah diberi tugas untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan membantu orang menjadi murid Yesus. Rencana ini akan membincangkan bagaimana kita dapat melaksanakan tugas itu dengan sepenuhnya meskipun kita menghadapi banyak cabaran. Kita juga akan mempelajari cara untuk menginjil dengan lebih mahir dan menuai sukacita yang lebih besar.
^ per. 4 MAKSUD UNGKAPAN: Tugas kita sebagai orang Kristian merangkumi kerja menginjil dan mengajar orang, membantu mangsa bencana, dan membina serta menyelenggarakan tempat ibadat, Bethel, dan pejabat penterjemahan.—2 Kor. 5:18, 19; 8:4.
^ per. 13 Lihat tujuh langkah yang disenaraikan dalam kotak “Cara Menyederhanakan Kehidupan” dalam Menara Pengawal terbitan Julai 2016, ms. 10.
^ per. 62 KETERANGAN GAMBAR: Seorang saudari melakukan tugasan kunjungan kembali semasa perjumpaan pertengahan minggu. Semasa pengerusi memberinya nasihat, dia mencatatkan cadangan itu dalam brosur Mengajar. Semasa menginjil pada hujung minggu, dia menggunakan apa yang dipelajarinya di perjumpaan.