“Dia Mengambil Berat tentang Kamu”
Biarpun orang lain mengecewakan anda, Tuhan sama sekali tidak akan mengabaikan anda.
Seorang penulis Bible berkata, “Ya Yehuwa, walaupun ibu bapa kandungku meninggalkan aku, Engkau pasti akan memelihara aku.”—Mazmur 27:10.
Yehuwa ialah “Bapa yang berbelas kasihan dan Tuhan yang melegakan hati kita dalam apa jua situasi. Dia melegakan hati kita semasa kita mengalami segala macam cubaan.”—2 Korintus 1:3, 4.
“Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”—1 Petrus 5:7.
Untuk mengetahui cara Tuhan ingin membantu anda, sila lihat pelajaran 08 daripada buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Juga terdapat di www.jw.org/ms