Gambaran Bible mengenai Isteri yang Cekap
Amsal 31 mengandungi pesanan penting kepada Raja Lemuel daripada ibunya. Nasihat itu menjelaskan sifat-sifat seorang isteri yang cekap.
Isteri yang cekap dapat dipercayai
-
Jika keluarga perlu membuat keputusan, dia akan memberikan cadangan yang berguna. Namun, dia tetap tunduk kepada suaminya
-
Suaminya percaya bahawa dia akan membuat keputusan yang bijak. Dia tidak akan menyuruh isterinya untuk meminta keizinan daripadanya bagi setiap perkara
Isteri yang cekap bersikap rajin
-
Dia pandai berjimat cermat dan hidup sederhana agar keluarganya mempunyai pakaian yang elok dan makanan yang berkhasiat
-
Dia bekerja keras dan menjaga keluarganya siang dan malam