Penglihatan yang Menguatkan Iman
Dalam suatu penglihatan, Petrus, Yakobus, dan Yohanes melihat rupa Yesus berubah. Kemudian, Yesus mendengar Bapanya mengatakan bahawa Dia memperkenankannya. Sudah tentu kata-kata itu meneguhkan Yesus untuk menghadapi cabaran yang bakal berlaku. Penglihatan itu juga meyakinkan para rasul bahawa Yesuslah Mesias, dan mereka patut mendengarkan kata-katanya. Kira-kira 32 tahun kemudian, peristiwa itu masih terpahat dalam ingatan Petrus dan hal ini telah meneguhkan imannya terhadap “nubuat-nubuat yang disampaikan.”—2Pt 1:16-19.
Kita tidak berada di sana semasa penglihatan itu berlaku. Namun, kita sedang menyaksikan penglihatan itu menjadi kenyataan sekarang. Yesus sedang memerintah sebagai Raja. Tidak lama lagi, dia akan mengalahkan musuhnya dan mendatangkan dunia baharu yang aman damai.—Why 6:2.
Bagaimanakah iman anda diteguhkan apabila melihat nubuat Bible menjadi kenyataan?