Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 01

Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?

Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?

Banyak orang tertanya-tanya soalan seperti, “Mengapakah hidup ini ada banyak masalah? Mengapakah manusia mati? Apakah masa depan kita?” Kita juga mungkin risau tentang cara menjaga keperluan keluarga dan cara memiliki keluarga yang bahagia. Bible telah membantu banyak orang untuk mendapat jawapan bagi soalan-soalan itu dan mendapat nasihat yang berguna bagi kehidupan. Sebenarnya, Bible dapat membantu semua orang.

1. Apakah soalan-soalan yang dijawab dalam Bible?

Bible dapat menjawab soalan-soalan seperti, “Bagaimanakah kehidupan wujud? Apakah tujuan hidup? Mengapakah orang baik menderita? Apakah yang berlaku kepada orang yang sudah mati? Jika semua orang mahukan kedamaian, kenapa ada banyak peperangan hari ini? Adakah bumi kita akan musnah?” Jutaan orang telah mendapat jawapan yang memuaskan daripada Bible. Anda juga boleh mengetahui jawapannya!

2. Bagaimanakah Bible dapat membantu kita hidup dengan gembira?

Bible ada banyak nasihat yang dapat membantu kita. Contohnya, Bible mengajar kita bagaimana kita dapat mempunyai keluarga yang bahagia, atasi tekanan, dan memupuk pandangan yang betul terhadap kerja. Secara perlahan-lahan, anda akan belajar ajaran Bible tentang topik-topik ini, dan banyak topik yang lain. Mungkin anda juga akan setuju bahawa ‘segenap Ayat-Ayat Suci [segala yang tertulis dalam Bible] berguna’ untuk hidup kita.​—2 Timotius 3:16.

Bahan ini bukanlah Bible, tapi anda dapat gunakannya untuk lebih memahami Bible. Jadi, bacalah ayat-ayat Bible yang ada dalam bahan ini dengan menggunakan Bible sendiri. Kemudian, bandingkannya dengan apa yang sedang anda pelajari.

KETAHUILAH

Mari lihat bagaimana Bible telah membantu banyak orang, cara anda dapat menikmati pembacaan Bible, dan mengapa baik untuk belajar Bible dengan seseorang.

3. Bible dapat membimbing kita

Bible, atau Firman Tuhan, adalah seperti cahaya yang terang. Bible dapat membantu kita membuat keputusan yang bijak dan mengetahui masa depan kita.

Baca Mazmur 119:105, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang dikatakan oleh penulis ayat ini tentang Firman Tuhan?

  • Apakah perasaan anda tentang Bible?

4. Bible ada jawapannya

Selama bertahun-tahun, seorang wanita ada banyak soalan tentang kehidupan. Lihatlah bagaimana Bible telah menjawab soalan-soalannya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah soalan yang ditanya oleh wanita dalam video ini?

  • Bagaimanakah pembelajaran Bible telah membantunya?

Bible galakkan kita untuk tanya soalan. Baca Matius 7:7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah hal-hal yang ingin anda belajar daripada Bible?

5. Anda dapat menikmati pembacaan Bible

Banyak orang suka membaca Bible dan mendapat manfaat daripadanya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perasaan orang muda dalam video ini tentang membaca?

  • Mengapakah mereka suka membaca Bible?

Bible dapat mengajar kita, melegakan hati kita, dan memberi kita harapan. Baca Roma 15:4, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda ingin tahu tentang harapan dan janji-janji dalam Bible?

6. Orang lain dapat membantu kita memahami Bible

Selain membaca Bible seorang diri, banyak orang sedar bahawa belajar Bible dengan seseorang sangat membantu mereka. Baca Kisah 8:26-31, kemudian bincang soalan berikut:

Lelaki dari Etiopia memerlukan bantuan untuk memahami apa yang dibacanya. Hari ini, banyak orang juga mendapat manfaat apabila belajar Bible dengan seseorang

ADA ORANG KATA: “Buang masa saja belajar Bible.”

  • Bagaimana anda akan menjawabnya? Mengapa?

RINGKASAN

Bible memberi kita nasihat tentang kehidupan, menjawab soalan-soalan yang penting, dan memberi kita harapan dan kelegaan.

Ulang Kaji

  • Apakah nasihat yang ada dalam Bible?

  • Apakah sesetengah soalan yang dapat dijawab dalam Bible?

  • Apakah yang ingin anda belajar daripada Bible?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihatlah bagaimana nasihat Bible dapat membantu kita.

“Ajaran Bible​—Tidak Lapuk Ditelan Zaman” (Menara Pengawal No. 1 2018)

Lihat bagaimana Bible membantu seorang lelaki yang mempunyai perasaan negatif sejak kecil.

Kini Saya Hidup Gembira (2:53)

Belajarlah tentang nasihat Bible bagi keluarga.

“12 Rahsia Keluarga yang Bahagia” (Sedarlah! No. 2 2018)

Banyak orang tidak tahu siapa sebenarnya penguasa dunia ini. Mari lihat jawapan Bible.

Mengapa Belajar Bible?​—Video Penuh (3:13)