PELAJARAN 12
Keramahan dan Empati
1 Tesalonika 2:7, 8
RINGKASAN: Semasa bercakap, tunjukkan kasih dan keprihatinan anda terhadap pendengar.
CARA MELAKUKANNYA:
-
Fikirkan pendengar. Ingatkan diri tentang masalah yang dihadapi mereka. Cuba bayangkan perasaan mereka.
-
Pilih kata-kata dengan cermat. Berusaha untuk menyegarkan, melegakan, dan menguatkan pendengar anda. Seboleh-bolehnya, elakkan ungkapan yang mungkin menyinggung mereka, dan janganlah memburuk-burukkan orang yang tidak seiman atau kepercayaan mereka.
-
Tunjukkan keprihatinan anda. Gunakan nada yang ramah serta gerak tubuh dan raut muka yang sesuai untuk menunjukkan bahawa anda benar-benar mengambil berat terhadap pendengar. Jangan lupa senyum.