Pengenalan
Tuhan seperti bapa yang pengasih. 1 Petrus 5:6, 7
Tuhan ialah Pencipta kita dan Dia mengambil berat tentang kita. Tuhan seperti seorang bapa yang bijak dan pengasih. Dia mengajar orang di merata tempat cara hidup yang terbaik.
Tuhan memberitahu kita kebenaran yang berharga agar kita gembira dan mempunyai harapan.
Jika anda mendengar cakap Tuhan, Dia akan membimbing dan melindungi anda serta membantu anda menangani masalah.
Bukan itu sahaja—anda akan hidup selama-lamanya!