Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 8

Pengenalan kepada Bahagian 8

Yehuwa memberi Salomo kebijaksanaan. Salomo juga berpeluang untuk membina Rumah Tuhan. Namun, dia beransur-ansur meninggalkan Yehuwa. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, jelaskan bagaimana orang yang tidak menyembah Yehuwa menyebabkan Salomo meninggalkan Tuhan. Kerajaan Israel dibahagikan, dan raja-raja yang jahat menyebabkan rakyat menjadi murtad dan menyembah berhala. Ramai nabi Yehuwa yang setia ditentang dan dibunuh. Permaisuri Izebel juga menggalakkan penyembahan palsu di kerajaan utara. Masa itu sangat sukar bagi bangsa Israel. Tetapi, masih ada orang Israel yang setia kepada Yehuwa, seperti Raja Yehosafat dan Nabi Elia.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 44

Sebuah Rumah untuk Yehuwa

Tuhan menunaikan permintaan Raja Salomo dan memberkatinya.

CERITA 45

Kerajaan Israel Dibahagikan

Ramai orang Israel berhenti menyembah Yehuwa.

CERITA 46

Ujian di Gunung Karmel

Siapakah Tuhan yang benar? Yehuwa atau Baal?

CERITA 47

Yehuwa Menguatkan Elia

Dapatkah Yehuwa menguatkan anda?

CERITA 48

Anak Lelaki Seorang Balu Hidup Semula

Dua mukjizat berlaku di dalam sebuah rumah!

CERITA 49

Seorang Permaisuri Jahat Dihukum

Izebel merancang untuk membunuh seorang lelaki Israel yang bernama Nabot untuk mendapatkan ladang anggurnya! Namun Yehuwa dapat melihat perbuatan Izebel yang jahat.

CERITA 50

Yehuwa Membantu Yehosafat

Raja Yehosafat ialah raja yang baik. Dia berdoa memohon bantuan Yehuwa apabila Yehuda diancam oleh para musuh.