Zakharia 2:1-13
2 Kemudian aku nampak seorang lelaki yang memegang tali penyukat.+
2 Maka aku bertanya, “Kamu hendak ke mana?”
Dia menjawab, “Aku hendak mengukur Yerusalem. Aku ingin tahu panjang dan lebar kota itu.”+
3 Kemudian, malaikat yang bercakap dengan aku tadi beredar. Semasa dia beredar, satu malaikat lain datang menemuinya
4 lalu berkata kepadanya, “Larilah ke situ dan beritahulah lelaki muda itu, ‘“Yerusalem akan menjadi seperti perkampungan+ yang tidak bertembok kerana kota itu akan penuh dengan penduduk dan ternakan.+
5 Aku akan menjadi tembok api yang mengelilinginya,+ dan kemuliaan-Ku akan memenuhi kota itu.” Itulah firman Yehuwa.’”+
6 Yehuwa berfirman, “Marilah, hai kamu yang telah Aku cerai-beraikan ke merata tempat!”+
Yehuwa berfirman lagi, “Larikanlah diri dari negeri di utara!”+
7 Hai penduduk Sion yang tinggal di Babilon, larilah dari situ!+
8 Setelah Tuhan dimuliakan, Dia telah mengutus aku kepada bangsa-bangsa yang merampas harta milik kamu, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman,+ “Sesiapa yang menyentuh kamu, menyentuh biji mata-Ku.+
9 Sekarang tangan-Ku akan menentang mereka, dan hamba mereka sendiri akan merampas harta milik mereka.”+ Ketika itu, kamu akan tahu bahawa aku telah diutus oleh Yehuwa, ketua angkatan syurga.
10 “Bersoraklah dengan gembira hai penduduk Sion!+ Aku akan datang+ dan tinggal dalam kalangan kamu,”+ firman Yehuwa.
11 “Pada hari itu, banyak bangsa akan berpihak kepada Aku, Yehuwa, dan menjadi umat-Ku.+ Aku akan tinggal dalam kalangan kamu.” Ketika itu, kamu akan tahu bahawa Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah mengutus aku kepada kamu.
12 Yehuwa akan menjadikan Yehuda sebagai milik-Nya di tanah-Nya yang suci, dan Yerusalem akan menjadi tempat pilihan-Nya semula.+
13 Hai segenap umat manusia, hendaklah kamu berdiam diri di hadapan Yehuwa kerana Dia sudah berangkat dari tempat kediaman-Nya yang suci dan bakal bertindak.