Yosua 1:1-18
1 Selepas kematian Musa, hamba Yehuwa itu, Yehuwa berfirman kepada pembantu+ Musa, iaitu Yosua*+ anak Nun,
2 “Hamba-Ku Musa sudah meninggal.+ Sekarang, hendaklah engkau dan semua umat Israel bersiap sedia. Seberangilah Sungai Yordan dan pergilah ke tanah yang akan Aku berikan kepada mereka.+
3 Aku akan memberi kamu setiap tempat yang dipijak kakimu, sebagaimana yang telah Aku janjikan kepada Musa.+
4 Kawasan kamu akan bermula dari padang belantara hingga Lebanon; dari sungai besar, iaitu Sungai Efrat, sampai ke Laut Tengah* yang terletak di sebelah barat,+ termasuk seluruh negeri orang Het.+
5 Selama engkau hidup, tiada seorang pun yang dapat mengalahkan engkau.+ Aku akan menyertai engkau sebagaimana Aku telah menyertai Musa.+ Aku tidak sekali-kali akan mengabaikan engkau atau meninggalkan engkau.+
6 Hendaklah engkau berani dan teguh,+ kerana engkaulah yang akan memimpin umat ini untuk mewarisi negeri itu. Aku telah bersumpah kepada nenek moyang mereka bahawa Aku akan memberikan negeri itu kepada mereka.+
7 “Hendaklah engkau berani dan teguh. Pastikan engkau sentiasa mematuhi seluruh Hukum yang telah diperintahkan oleh hamba-Ku Musa kepadamu. Janganlah menyimpang daripada Hukum itu, baik ke kiri mahupun ke kanan,+ agar engkau dapat bertindak dengan bijak ke mana pun engkau pergi.+
8 Hendaklah engkau sentiasa bercakap tentang kitab yang mengandungi Hukum itu.+ Bacalah dan renungkannya siang dan malam, supaya engkau mematuhi semua yang tertulis dalamnya dengan sungguh-sungguh.+ Dengan demikian, engkau akan berjaya dan bertindak dengan bijak.+
9 Sesungguhnya Aku memerintahkan engkau: Hendaklah engkau berani dan teguh. Janganlah berasa takut atau gentar kerana Aku, Yehuwa, ialah Tuhanmu yang akan menyertaimu ke mana sahaja engkau pergi.”+
10 Selepas itu, Yosua memberikan arahan kepada para pemimpin umat Israel,
11 “Pergilah ke seluruh perkhemahan dan perintahkan umat itu, ‘Sediakan makanan kerana dalam masa tiga hari kamu akan menyeberangi Sungai Yordan. Kamu akan menakluki tanah yang akan diberikan oleh Tuhanmu Yehuwa kepada kamu.’”+
12 Yosua berkata kepada suku Ruben, suku Gad, dan setengah daripada suku Manasye,
13 “Ingatlah apa yang telah diperintahkan oleh Musa, hamba Yehuwa, kepada kamu:+ ‘Yehuwa, Tuhan kamu, akan memberi kamu kedamaian dan Dia sudah memberi kamu tanah ini.
14 Semua isteri dan anak kamu serta ternakan kamu harus tinggal di tanah yang telah diberikan oleh Musa kepada kamu di sebelah timur Sungai Yordan.+ Tetapi kamu harus mengatur barisan tentera kamu dan menyeberangi sungai mendahului saudara-saudaramu yang lain.+ Semua askar kamu yang gagah+ harus membantu mereka
15 sehingga Yehuwa memberi saudara-saudara kamu kedamaian, seperti yang telah diberikan-Nya kepada kamu. Setelah mereka menakluki tanah yang diberikan oleh Tuhanmu Yehuwa kepada mereka, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah yang telah diberikan kepada kamu, iaitu tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, kepada kamu di sebelah timur Sungai Yordan.’”+
16 Mereka berkata kepada Yosua, “Kami akan melakukan segala yang kamu perintahkan, dan pergi ke mana sahaja kamu suruh kami pergi.+
17 Sebagaimana kami mematuhi segala perintah Musa, kami juga akan mematuhi perintahmu. Semoga Yehuwa, Tuhanmu, menyertai kamu sebagaimana Dia telah menyertai Musa.+
18 Sesiapa yang melawan perintahmu dan enggan menurut semua arahanmu akan dihukum mati.+ Hendaklah kamu berani dan teguh.”+
Nota Kaki
^ Atau “Yehosua,” yang bermaksud “Yehuwa ialah Penyelamatan.”
^ Iaitu, Laut Mediterranean.