Yesaya 52:1-15

  • Bangunlah, hai Sion! (1-12)

    • Betapa indahnya kaki orang yang membawa berita baik (7)

    • Para pengawal Sion bersorak bersama-sama (8)

    • Orang yang mengangkat perkakas Rumah Yehuwa mesti suci (11)

  • Hamba Yehuwa akan disanjung tinggi (13-15)

    • Rupa yang dicacati (14)

52  Bangunlah dan bangkitlah hai Sion!+ Kuatkanlah dirimu!+ Hai Yerusalem, kota yang suci, kenakanlah pakaianmu yang indah!+ Orang yang tidak bersunat dan orang yang najis tidak akan memasukimu lagi.+  2  Bangkitlah hai Yerusalem! Kebaskanlah debu yang melekat padamu dan duduklah di tempat yang terhormat. Hai kota Sion yang ditawan, tanggalkanlah belenggu yang ada pada lehermu.+  3  Yehuwa berfirman, “Engkau dijual tanpa bayaran,+Maka engkau akan ditebus tanpa wang.”+  4  Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Dahulu umat-Ku pergi ke Mesir dan tinggal di situ sebagai orang asing.+Kemudian Assyria menindas mereka tanpa alasan.”  5  Yehuwa berfirman lagi, “Maka, apakah yang harus Aku lakukan di sini?” Yehuwa juga berfirman, “Orang yang menguasai umat-Ku sentiasa bermegah diri,+ Kerana mereka dapat menawan umat-Ku tanpa bayaran.Sepanjang hari, mereka asyik menghina nama-Ku.+  6  Itulah sebabnya pada hari Aku bertindak, umat-Ku akan mengenal nama-Ku;+Mereka akan sedar bahawa Akulah yang telah berfirman kepada mereka. Ya, Akulah yang telah memberitahukan semua itu!”  7  Betapa indahnya kaki orang yang datang melalui gunung-gunung untuk mengkhabarkan berita baik;+Dia mengisytiharkan kedamaian+Dan mengumumkan penyelamatan.Dia membawa berita baik tentang sesuatu yang lebih baik,Dan dia berkata kepada Sion, “Tuhanmu sudah menjadi Raja!”+  8  Hai Sion, dengarlah seruan para pengawalmu! Mereka bersorak bersama-sama dengan gembira.Dengan mata mereka sendiri, mereka akan melihat Yehuwa mengumpulkan semula penduduk Sion.  9  Hai reruntuhan Yerusalem, bergembiralah dan bersoraklah bersama-sama,+Kerana Yehuwa telah melegakan hati umat-Nya,+ dan kerana Dia telah menebus Yerusalem.+ 10  Yehuwa telah menunjukkan lengan-Nya yang suci di hadapan semua bangsa.+Orang di seluruh bumi akan menyaksikan penyelamatan daripada* Tuhan kita.+ 11  Hai kamu yang mengangkat perkakas Rumah Yehuwa,+ Tinggalkanlah tempat itu!* Keluarlah dari situ!+ Jangan sentuh apa-apa yang najis!+Keluarlah dari situ+ dan pastikan bahawa kamu tetap suci! 12  Kamu tidak perlu beredar dengan tergesa-gesa,Dan kamu tidak perlu melarikan diri,Kerana Yehuwa, Tuhan orang Israel, akan berjalan di hadapan kamu,+Dan Dia juga akan melindungi kamu dari belakang.+ 13  “Lihatlah! Hamba-Ku+ akan bertindak dengan pengertian. Dia akan dijunjung,Dimuliakan, dan disanjung tinggi.+ 14  Rupanya dan susuk tubuhnya telah dicacatiSehingga menjadi lebih buruk daripada sesiapa pun.Oleh itu, banyak orang yang nampak dia berasa hairan. 15  Namun dia akan menyebabkan banyak bangsa berasa terkejut.+ Raja-raja akan berdiam diri* di hadapannya,+Kerana mereka akan melihat perkara yang belum pernah diketahui merekaDan memikirkan perkara yang belum pernah didengari mereka.”+

Nota Kaki

Atau “menyaksikan kemenangan.”
Nampaknya merujuk kepada Babilon.
Atau “akan terpegun.”