Yesaya 23:1-18
-
Perkhabaran tentang Tirus (1-18)
23 Berikut merupakan perkhabaran tentang Tirus:+
Merataplah hai kapal-kapal dari Tarsis!+
Pelabuhan Tirus sudah dimusnahkan dan tidak dapat dimasuki lagi.
Kamu mendengar tentang hal itu semasa di Kitim.+
2 Hai penduduk kawasan pantai, berdiam dirilah!
Para saudagar dari Sidon+ telah menyeberangi laut dan menambahkan kekayaan kamu.
3 Biji-bijian dari Shihor*+ dan tuaian dari Sungai Nil yang dihantar ke seberang laut,Menjadi sumber pendapatan TirusDan membawa keuntungan kepada bangsa-bangsa.+
4 Hai Sidon yang bagaikan benteng laut,Hendaklah engkau berasa malu, kerana laut telah berkata,“Aku tidak pernah mengalami sakit bersalin, dan aku tidak pernah melahirkan anak.
Aku tidak pernah membesarkan anak lelaki atau anak perempuan.”+
5 Orang akan berasa cemas semasa mendengar berita tentang Tirus,+Sebagaimana mereka berasa cemas semasa mendengar berita tentang Mesir.+
6 Hai penduduk kawasan pantai,
Merataplah dan larilah ke Tarsis!
7 Inikah kota yang sentiasa bersukacita sejak dibina pada zaman dahulukala?
Dahulu, penduduk kota ini sering pergi ke tempat-tempat yang jauh lalu menetap di sana.
8 Siapakah yang memutuskan agar semua kejadian itu menimpa Tirus?Tirus ialah kota yang menganugerahkan mahkota.Saudagar-saudagarnya ialah pemimpin,Dan pedagang-pedagangnya ialah golongan yang terhormat di seluruh bumi.+
9 Sesungguhnya, Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang memutuskan hal itu.Segala keindahan yang menjadi kebanggaan penduduk Tirus akan dicemari,Dan orang yang terhormat di seluruh bumi akan dihina.+
10 Hai penduduk Tarsis, tempat kamu untuk membina kapal* sudah tiada.+
Hendaklah kamu tersebar ke merata tempat, seperti air Sungai Nil yang melimpah ke merata tempat.
11 Yehuwa telah menghulurkan tangan-Nya ke atas laut;Dia telah menggoncangkan kerajaan-kerajaan,
Dan Dia telah memerintahkan agar benteng-benteng Fenisia dimusnahkan.+
12 Tuhan berfirman, “Hai orang Sidon* yang ditindas,Sukacita kamu sudah berakhir.+
Bangkitlah dan pergilah ke Kitim.+
Di situ pun kamu tidak akan mendapat ketenangan.”
13 Lihatlah negeri orang Kasdim!+
Bangsa itulah yang akan menjadikan Tirus tempat kediaman binatang liar,*Dan bukannya orang Assyria+ yang akan berbuat demikian.
Orang Kasdim membina menara untuk mengepung TirusDan merobohkan menara-menara yang kukuh di situ,+Sehingga menjadi reruntuhan.
14 Merataplah hai kapal-kapal dari Tarsis,Kerana benteng kamu sudah musnah!+
15 Pada masa itu, Tirus akan dilupakan selama 70 tahun,+ iaitu jangka hayat seorang raja. Selepas 70 tahun, Tirus akan menjadi seperti seorang pelacur yang digambarkan dalam lagu berikut:
16 “Hai pelacur yang dilupakan, bawalah kecapimu dan kelilingilah kota.
Petiklah kecapimu dengan mahirDan nyanyikanlah lagu yang banyak,Supaya orang ingat akan kamu.”
17 Selepas 70 tahun, Yehuwa akan memperhatikan Tirus. Kota itu akan menjadi seperti pelacur semula dan berbuat cabul dengan semua kerajaan di bumi.
18 Upah dan keuntungan yang diperolehnya akan menjadi sesuatu yang suci bagi Yehuwa. Pendapatannya tidak akan disimpan atau dikumpulkan, tetapi akan digunakan supaya umat Yehuwa mempunyai makanan yang cukup dan pakaian yang indah.+
Nota Kaki
^ Iaitu, salah satu cabang Sungai Nil.
^ Atau mungkin, “pelabuhan kamu.”
^ Harfiah, “anak dara Sidon.”
^ Atau “binatang yang berkeliaran di padang gurun.”