Mazmur 59:1-17
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa Saul mengirim utusan untuk mengawasi rumahnya dan membunuhnya.+
59 Ya Tuhanku, selamatkanlah aku daripada musuhku+Dan lindungilah aku daripada orang yang bangkit untuk menentang aku.+
2 Selamatkanlah aku daripada orang yang melakukan kejahatanDan lindungilah aku daripada orang yang melakukan keganasan.*
3 Lihatlah, ya Yehuwa! Mereka bersembunyi untuk menyerang aku.+Meskipun aku tidak berdosa atau memberontak,Orang yang sangat kuat melawan aku.+
4 Aku tidak berbuat salah tetapi mereka bersiap-siap untuk menyerang aku.
Dengarkanlah seruanku dan bangkitlah untuk menolong aku.
5 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan orang Israel; Engkaulah ketua angkatan syurga.+
Maka, bangkitlah dan perhatikanlah semua bangsa.
Janganlah kasihani para pengkhianat yang kejam.+ (Selah)
6 Setiap hari, mereka datang pada waktu senja;+Mereka menyalak seperti anjing+ dan merayau-rayau di kota.+
7 Lihatlah! Bibir mereka seperti pedang,+Dan mereka meluahkan kata-kata yang mencelakakan.Mereka menyangka tiada orang mengetahui perbuatan mereka.+
8 Tetapi ya Yehuwa, Engkau akan mentertawakan mereka;+Engkau akan memperolok-olokkan semua bangsa.+
9 Ya Tuhan, Sumber kekuatanku, aku akan berharap kepada-Mu,+Kerana Engkaulah tempat perlindunganku.*+
10 Ya Tuhan, Engkau mengasihi aku dengan setia, dan Engkau akan datang untuk menolong aku.+Engkau akan membiarkan aku menyaksikan kejatuhan musuh-musuhku.+
11 Janganlah terus melenyapkan mereka supaya bangsaku tidak akan melupakan perbuatan-Mu.
Dengan kuasa-Mu, buatlah mereka merayau-rayau tanpa arah tujuanDan jatuhkanlah mereka, ya Yehuwa, perisai kami.+
12 Biarlah mereka dijerat oleh kesombongan mereka sendiri,+Kerana mereka berdosa dengan kata-kata mereka,Dan kerana mereka suka berdusta dan menyumpah-nyumpah.
13 Ya Tuhan, hapuskanlah mereka dalam kemurkaan-Mu.+Ya, binasakanlah mereka semua.Biarlah mereka tahu bahawa Engkaulah yang memerintah di Yakub dan di seluruh pelosok bumi.+ (Selah)
14 Biarlah mereka kembali pada waktu senja;Biarlah mereka menyalak seperti anjing dan merayau-rayau di kota.+
15 Biarlah mereka berkeliaran mencari makanan;+Janganlah biarkan mereka mendapat tempat tinggal atau makanan yang mencukupi.
16 Ya Tuhan, aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu;+Setiap pagi, aku akan mengisytiharkan kasih setia-Mu dengan gembira,
Kerana Engkaulah tempat naunganku+
Dan tempat perlindunganku pada waktu kesusahan.+
17 Ya Tuhan, Sumber kekuatanku, aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu,+Kerana Engkaulah bentengku dan Tuhan yang mengasihi aku dengan setia.+