Mazmur 27:1-14
Mazmur yang digubah oleh Daud.
27 Yehuwa ialah cahayaku+ dan penyelamatku.
Aku tidak perlu takut kepada sesiapa pun.+
Yehuwa ialah kubu perlindungan dalam hidupku.+
Aku tidak perlu gentar terhadap sesiapa pun.
2 Apabila musuh-musuhku yang jahat menyerang aku untuk membunuh aku,+Mereka sendirilah yang tersandung dan jatuh.
3 Walaupun semua askar mengepung aku,Aku tidak akan berasa takut.+
Meskipun mereka berperang melawan aku,Aku tetap akan berasa yakin.
4 Aku telah memohon satu perkara daripada Yehuwa;Ini sahajalah yang aku inginkan:Aku ingin tinggal di rumah Yehuwa seumur hidupku;+Aku ingin menyaksikan perbuatan baik YehuwaDan memandang rumah-Nya dengan penuh penghargaan.*+
5 Dia akan melindungi aku di tempat naungan-Nya pada masa kesusahan;+Dia akan menyembunyikan aku di tempat rahsia di dalam khemah-Nya;+Dia akan menempatkan aku di atas gunung batu yang tinggi.+
6 Sekarang aku mendapat kemenangan atas musuh-musuh di sekelilingku.Aku akan menyanyikan pujian kepada Yehuwa;Aku akan mempersembahkan korban di khemah-Nya dengan sorakan yang gembira.
7 Ya Yehuwa, dengarlah semasa aku berseru kepada-Mu;+Kasihanilah aku dan jawablah seruanku.+
8 Hatiku berkata, “Engkau telah memberi kami perintah ini:
‘Marilah dan carilah Aku.’”
Maka, aku pasti akan mencari-Mu, ya Yehuwa.+
9 Ya Tuhan penyelamatku, Engkau ialah penolongku.+
Janganlah sembunyikan diri-Mu daripada hamba-Mu ini.+
Janganlah murka dan menolak aku.Janganlah abaikan atau tinggalkan aku.
10 Ya Yehuwa, walaupun ibu bapa kandungku meninggalkan aku,+Engkau pasti akan memelihara aku.+
11 Ya Yehuwa, ajarlah aku untuk mengikut haluan-Mu;+Bimbinglah aku di haluan yang benar agar aku dilindungi daripada musuhku.
12 Janganlah serahkan aku kepada musuhku,+Kerana saksi-saksi palsu telah bangkit untuk melawan aku,+Dan mereka telah mengancam aku.
13 Jika aku tidak beriman bahawa aku akan merasai kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini,Apakah yang akan berlaku kepadaku?*+
14 Berharaplah kepada Yehuwa;+Jadilah berani dan kentalkanlah hatimu.+
Ya, berharaplah kepada Yehuwa.
Nota Kaki
^ Atau “dengan perasaan kagum.”
^ Atau mungkin, “Aku beriman bahawa aku pasti akan merasai kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini.”