Mazmur 149:1-9
149 Pujilah Yah!*
Nyanyikanlah lagu baharu kepada Yehuwa;+Pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia.+
2 Hendaklah orang Israel bersukacita kerana Pencipta Agung mereka;+Hendaklah penduduk Sion bergembira kerana Raja mereka.
3 Hendaklah mereka menari sambil memuji nama-Nya;+Hendaklah mereka menyanyikan pujian kepada-Nya* dengan iringan tamborin dan kecapi.+
4 Yehuwa berkenan kepada umat-Nya.+
Dia menyelamatkan orang yang rendah hati supaya mereka dimuliakan.+
5 Hendaklah umat Tuhan yang setia bersukacita kerana kemuliaan yang dikurniakan kepada mereka;Hendaklah mereka berseru dengan gembira di tempat tidur mereka.+
6 Hendaklah mereka menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan;Hendaklah mereka memegang pedang bermata dua,
7 Untuk melaksanakan pembalasan terhadap bangsa-bangsaDan membawa hukuman terhadap suku-suku bangsa,
8 Untuk membelenggu raja-raja merekaDan mengikat para bangsawan mereka dengan rantai besi,
9 Dan untuk melaksanakan hukuman terhadap mereka semua, seperti yang tertulis.+
Demikianlah kemuliaan yang diberikan kepada semua umat-Nya yang setia.
Pujilah Yah!*
Nota Kaki
^ Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
^ Atau “bermain muzik untuk-Nya.”
^ Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.