Amsal 29:1-27
29 Orang yang tetap berdegil walaupun ditegur berkali-kali+Akan remuk secara tiba-tiba dan tidak dapat pulih lagi.+
2 Rakyat bersukacita apabila orang baik memerintah,Tetapi rakyat merintih apabila orang jahat memerintah.+
3 Anak yang mencintai kebijaksanaan menggembirakan hati bapanya,+Tetapi anak yang suka bergaul dengan pelacur memboroskan kekayaannya.+
4 Seorang raja yang memerintah dengan adil akan mengukuhkan kerajaannya,+Tetapi orang yang makan rasuah akan menghancurkan kerajaannya.
5 Sesiapa yang mengampu orang lainSedang memasang jerat untuk orang itu.+
6 Orang jahat terjerat dengan dosanya sendiri,+Tetapi orang baik bergembira dan berseru dengan sukacita.+
7 Orang baik prihatin terhadap hak orang miskin,+Tetapi orang jahat tidak mempedulikannya.+
8 Orang yang bercakap besar menyemarakkan kemarahan seluruh kota,+Tetapi orang yang bijak meredakan kemurkaan.+
9 Apabila orang bijak dihadapkan ke mahkamah bersama orang bodoh,Yang timbul hanyalah kekecohan dan cemuhan, tetapi tidak akan ada kepuasan hati.+
10 Pembunuh membenci orang yang tidak bersalah,+Dan mereka ingin meragut nyawa orang yang tulus hati.*
11 Orang bodoh melampiaskan kemarahannya,*+Tetapi orang bijak bertenang dan dapat mengawal perasaannya.+
12 Apabila seorang pemerintah mendengarkan dusta,Semua hambanya akan menjadi jahat.+
13 Orang miskin dan orang yang menindas mereka mempunyai satu persamaan:
Yehuwalah yang memberikan nyawa kepada kedua-duanya.
14 Apabila raja menghakimi orang miskin dengan adil,+Takhtanya akan tetap kukuh.+
15 Rotan* dan teguran menjadikan seseorang bijaksana,+Tetapi anak yang tidak dikawal memalukan ibunya.
16 Apabila orang jahat menjadi banyak, dosa pun bertambah,Tetapi orang baik akan melihat orang jahat dibinasakan.+
17 Disiplinkanlah anakmu, maka dia akan memberimu ketenteraman;Dia akan mendatangkan kegembiraan yang melimpah kepadamu.+
18 Orang akan hilang kawalan tanpa bimbingan daripada Tuhan,+Tetapi orang yang mematuhi hukum akan berbahagia.+
19 Ada hamba yang tidak dapat diajar hanya dengan kata-kata,Kerana walaupun dia memahaminya, dia tidak akan mendengarkannya.+
20 Pernahkah kamu melihat orang yang bercakap tanpa berfikir?+
Orang bodoh mempunyai lebih banyak harapan daripadanya.+
21 Hamba yang dimanjakan sejak muda,Akhirnya akan menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih.
22 Sesiapa yang cepat marah akan membangkitkan pertengkaran;+Sesiapa yang cenderung murka akan melakukan banyak kesalahan.+
23 Kesombongan akan menyebabkan seseorang direndahkan,+Tetapi orang yang rendah hati akan memperoleh kemuliaan.+
24 Sahabat kepada pencuri membenci dirinya sendiri,
Kerana apabila dia diminta untuk memberikan keterangan, dia tidak melaporkan apa-apa pun.+
25 Rasa takut akan manusia merupakan suatu jerat,+Tetapi orang yang percaya kepada Yehuwa akan dilindungi.+
26 Ramai orang mahu bersemuka dengan* pemerintah untuk menuntut keadilan,Tetapi daripada Yehuwalah seseorang memperoleh keadilan.+
27 Orang baik muak terhadap orang yang berat sebelah;+Orang jahat benci akan orang yang haluannya benar.+
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “Namun orang yang tulus hati berusaha menyelamatkan nyawanya.”
^ Atau “perasaannya.”
^ Atau “Disiplin; Hukuman.”
^ Atau mungkin, “mahu mendapat perkenan.”