14 JANUARI 2019
MAKLUMAT TERKINI
Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Lima Bahasa
Pada 12 Januari 2019, di Benin City, Nigeria, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Isoko dan Terjemahan Dunia Baharu yang telah dikemaskinikan dikeluarkan dalam bahasa Yoruba. Pada hari yang sama, di Dudley, West Midlands, England, buku Matius daripada Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Britain.
Terjemahan Dunia Baharu juga telah dikeluarkan dalam dua bahasa di Filipina. Edisi yang telah dikemaskinikan dikeluarkan dalam bahasa Cebuano pada 12 Januari 2019, di Lapu-Lapu City, Cebu. Pada hari yang berikutnya, di Palo, Leyte, Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Waray-Waray. Seluruh atau sebahagian daripada Terjemahan Dunia Baharu telah diterjemahkan ke dalam 179 bahasa, termasuk 18 bahasa yang dikemaskinikan berdasarkan Edisi 2013.