Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Stesen kereta api yang sesak di Lviv. Rumah seorang saudara terbakar akibat bom. Para penatua yang berani mencari rakan seiman di Mariupol

1 APRIL 2022
UKRAINE

TERKINI #5 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

TERKINI #5 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

Sedih sekali, setakat 29 Mac 2022, tujuh lagi saudara saudari telah meninggal di bandar Mariupol. Sejumlah 17 saudara saudari di Ukraine telah kehilangan nyawa mereka.

Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) di Ukraine bertungkus lumus menyediakan bekalan bantuan kemanusiaan serta menggadaikan nyawa mereka demi mencari rakan seiman di kawasan perang.

Misalnya, para saudara yang bekerja dengan DRC telah berjaya menghantar makanan, ubat-ubatan, serta keperluan lain ke bandar yang diserang teruk seperti di Kharkiv, Kramatorsk, dan Mariupol. Seorang ahli DRC membuat perjalanan harian sejauh lebih dari 500 kilometer. Dia harus melalui banyak titik pemeriksaan tentera untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan kepada sekitar 2,700 penyiar.

DRC juga atur pengangkutan untuk selamatkan saudara saudari dari zon perang. Seorang saudara dari DRC Chernihiv jelaskan, “Semasa tentera mengebom rumah-rumah, memang jelas keadaannya sangat bahaya jika mereka terus tinggal di situ. Memandangkan tidak ada elektrik dan Internet semasa pengeboman, para penatua bergegas mencari penyiar yang berlindung di bawah tanah untuk beritahu mereka bahawa pengangkutan tersedia untuk selamatkan diri.”

Seorang pemilik perniagaan pengangkutan setuju untuk guna van dan basnya. Dia membuat sembilan perjalanan untuk selamatkan 254 saudara saudari kita dari Chernihiv. Pernah sekali, dia malahan membaiki jalan dengan menggunakan jentera berat agar basnya boleh lalu. Saudara saudari kita bersyukur atas bantuan sedemikian.

Kita tumpang sedih dengan mereka yang kehilangan orang tersayang semasa perang yang berterusan ini. Kita semua nantikan saatnya apabila kematian dan ratapan tidak ada lagi, seperti yang dijanjikan dalam Bible.—Wahyu 21:3, 4.

Sekitar 40 penyiar diselamatkan dari Chernihiv dan disambut di Dewan Perjumpaan yang terletak di kawasan selamat

Setakat 29 Mac 2022, berikut ialah jumlah yang dilaporkan dari Ukraine. Angka-angka ini berdasarkan laporan yang disahkan oleh para saudara tempatan. Namun, angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana adalah susah untuk tetap berhubung dengan semua wilayah negara itu.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • 17 penyiar meninggal

  • 35 penyiar tercedera

  • 36,313 penyiar melarikan diri dari rumah ke tempat yang lebih selamat

  • 114 rumah musnah

  • 144 rumah alami kerosakan besar

  • 612 rumah alami kerosakan kecil

  • 1 Dewan Perjumpaan musnah

  • 7 Dewan Perjumpaan alami kerosakan teruk

  • 23 Dewan Perjumpaan alami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • 27 DRC sedang beroperasi di Ukraine

  • 34,739 penyiar dibantu secara langsung oleh DRC untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat

  • 16,175 penyiar melarikan diri ke negara lain dan dibantu oleh saudara saudari Kristian