Lompat ke kandungan

Kanan: Bahan bacaan Bible dalam bahasa Sinhala sejak 75 tahun yang lalu. Tengah atas: Gambar Saudara Charles Taze Russell semasa dia melawat Ceylon (kini dikenali sebagai Sri Lanka). Tengah bawah: Menginjil tentang berita baik dalam bahasa Sinhala

7 FEBRUARI 2023
SRI LANKA

Tahun ke-75 Bahan Terbitan Disediakan dalam Bahasa Sinhala

Tahun ke-75 Bahan Terbitan Disediakan dalam Bahasa Sinhala

Tahun 2023 merupakan tahun ke-75 Saksi-Saksi Yehuwa menterjemahkan bahan terbitan Bible ke dalam bahasa Sinhala. Bahasa ini ialah bahasa utama di negara Sri Lanka.

Pada mulanya, bahan terbitan Saksi-Saksi Yehuwa di Sri Lanka hanya tersedia dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana Sri Lanka dijajah oleh negara Britain pada masa itu. Maka bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang digunakan di Sri Lanka. Namun, pada tahun 1948, terbitan pertama dalam bahasa Sinhala telah dikeluarkan, iaitu buku kecil The Joy of All the People. Setahun selepas itu, jumlah penyiar di Sri Lanka meningkat daripada 12 kepada 25.

Saudara Lett mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Sinhala

Pada tahun 1953, buku kecil Basis for Belief in a New World dan buku The Truth Shall Make You Free telah disediakan dalam bahasa Sinhala. Beberapa tahun kemudian, kerja penterjemahan di Sri Lanka telah mencapai suatu detik yang bersejarah. Pada Mac 1958, terbitan pertama Menara Pengawal telah dikeluarkan dalam bahasa Sinhala.

Namun, pada tahun 2009, terdapat satu lagi pencapaian yang sungguh memberangsangkan. Pada tahun itu, Saudara Stephen Lett, seorang ahli Badan Pimpinan telah melawat Sri Lanka dan mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Sinhala.

Seorang saudara yang menghadiri program itu berkata, “Hati saya sangat bersyukur kepada Yehuwa, Pendidik Agung kita, apabila saya menerima Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Sinhala. Bible ini senang dibaca dan difahami. Jadi, saya dapat terus menerapkan nasihatnya dalam kehidupan saya.”

Para penterjemah bahasa Sinhala di pejabat cawangan

Kini, terdapat 7,121 penyiar di Sri Lanka. Daripada jumlah itu, 4,839 saudara saudari sedang berkhidmat di 63 sidang bahasa Sinhala. Sesungguhnya, Yehuwa sedang memberkati usaha mereka seraya mereka terus menuturkan dan mengajarkan “bahasa yang murni.”—Zefanya 3:9.