Lompat ke kandungan

Saudara Boris Simonenko dan isterinya Ida

1 FEBRUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 1 OGOS 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Bukan Situasi Saya yang Perlu Berubah”

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Bukan Situasi Saya yang Perlu Berubah”

Pada 28 Julai 2023, Mahkamah Bandar Kovrovskiy di Wilayah Vladimir mensabitkan Saudara Boris Simonenko. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan tujuh bulan. Tetapi, oleh sebab dia sudah menjalani tempoh hukuman itu semasa dipenjarakan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah, dia tidak lagi perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita yakin Saudara Boris dan keluarganya akan mendapat kekuatan dan sukacita seraya mereka terus menghampiri Yehuwa.—1 Tawarikh 16:27.

Garis Masa

  1. 8 Februari 2021

    Pihak berkuasa merakam perbualan telefonnya secara rahsia dan menggunakan rakaman itu untuk membuka kes siasatan terhadapnya

  2. 17 Februari 2021

    Rumahnya digeledah. Dia disoal siasat dan dibawa ke pusat tahanan sementara

  3. 18 Februari 2021

    Kes jenayah dibuka terhadapnya. Didakwa mengendalikan perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa melalui Internet. Dia ditahan sebelum dibicarakan

  4. 13 Julai 2021

    Dibebaskan setelah ditahan sebelum dibicarakan. Dia kemudiannya ditahan di rumah

  5. 17 Februari 2022

    Tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan

  6. 15 September 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula