9 SEPTEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 20 MAC 2023
RUSIA
TERKINI—HUKUMAN PENJARA | “Sukacita Saya Semakin Membara”
Pada 17 Mac 2023, Mahkamah Bandar Sosnovoborsk di Kawasan Krasnoyarsk mensabitkan Saudara Yuriy Yakovlev dan dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan dua bulan. Sejak Mac 2022, dia telah ditahan sebelum perbicaraan.
Garis Masa
Jun hingga Disember 2021
Pihak berkuasa curi dengar panggilan telefon Yuriy dan sentiasa mengawasinya
28 Mac 2022
Kes jenayah dimulakan. Didakwa kerana mengatur perjumpaan organisasi ekstremis menerusi persidangan video. Penyiasat menggeledah rumah Yuriy tanpa waran
29 Mac 2022
Pihak berkuasa menggeledah rumah lima keluarga Saksi Yehuwa dan seorang lelaki yang bincang Bible dengan Yuriy. Yuriy ditangkap dan ditahan sementara
30 Mac 2022
Dihantar ke tahanan sebelum perbicaraan
20 Jun 2022
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus sokong dan beri kekuatan kepada penyembah setia yang berharap kepada-Nya.—Yesaya 40:31.