23 MAC 2022 | DIKEMASKINIKAN: 11 OKTOBER 2024
RUSIA
TERKINI—HUKUMAN PENJARA DIUBAH SELEPAS RAYUAN DIBUAT | Yehuwa Menyokong Enam Orang Saudara dan Saudari yang Setia
Pada 10 Oktober 2024, Mahkamah Kawasan Khabarovsk mengumumkan keputusan bagi rayuan yang dibuat oleh Saudari Maya Karpushkina, Saudara Stanislav Kim, Saudara Nikolay Polevodov, Saudari Svetlana Sedova, serta Saudara Vitaliy Zhuk dan isterinya Tatyana. Tempoh hukuman penjara tertangguh yang dijatuhkan terhadap Maya, Svetlana, dan Tatyana telah dikurangkan sebanyak setahun. Hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Stanislav, Vitaliy, dan Nikolay telah diubah kepada hukuman penjara tertangguh. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tujuh tahun dua bulan, tujuh tahun empat bulan, dan tujuh tahun enam bulan. Para saudara telah dibebaskan dari penjara pada hari itu.
Pada 20 Jun 2024, Mahkamah Daerah Industrialniy di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Saudari Maya Karpushkina, Saudara Stanislav Kim, Saudara Nikolay Polevodov, Saudari Svetlana Sedova, serta Saudara Vitaliy Zhuk dan isterinya Tatyana. Maya dijatuhkan hukuman penjara tertangguh empat tahun. Svetlana dan Tatyana dijatuhkan hukuman penjara tertangguh lima tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Stanislav, Vitaliy, dan Nikolay masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dua bulan, lapan tahun empat bulan, dan lapan tahun enam bulan. Tempoh hukuman ini adalah yang paling lama sejak organisasi kita diharamkan pada tahun 2017. Para saudara telah ditahan di mahkamah.
Garis Masa
10 November 2018
Pihak berkuasa menghentikan pertemuan sosial kira-kira 55 orang di sebuah kafe. Pihak berkuasa menyoal siasat, mengambil cap jari, dan mengambil gambar semua orang di situ, termasuk kanak-kanak
12 November 2018
Stanislav, Nikolay, dan Vitaliy dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan. Maya, Svetlana, dan Tatyana dikenakan sekatan perjalanan
14 Januari 2019
Nikolay dan Vitaliy dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah sendiri
29 Januari 2019
Stanislav dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah sendiri
18 Julai 2019
Kes mereka diserahkan kepada Mahkamah Daerah Industrialniy di Kawasan Khabarovsk
2 Ogos 2019
Nikolay tidak lagi ditahan di rumahnya
9 September 2019
Kes berasingan yang melibatkan Stanislav dan Nikolay diserahkan kepada Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk
5 November 2019
Nikolay dikenakan sekatan perjalanan
18 Januari 2020
Stanislav dan Vitaliy tidak lagi ditahan di rumah mereka
4 Februari 2020
Stanislav dan Nikolay disabitkan bersalah dalam kes berasingan itu. Mereka masing-masing dikenakan hukuman penjara tertangguh dua tahun dan tempoh percubaan oleh Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk
3 Ogos 2020
Kes yang dibicarakan di Mahkamah Daerah Industrialniy dikembalikan kepada pejabat pendakwa. Pihak pendakwa mengemukakan rayuan
29 September 2020
Mahkamah Wilayah Khabarovsk mempertimbangkan rayuan pihak pendakwa. Stanislav dan Nikolay diizinkan untuk membela diri di hadapan hakim. Mereka berkata bahawa Persekutuan Rusia merupakan sebahagian daripada komuniti dunia yang telah menandatangani perjanjian untuk mempertahankan hak dan kebebasan rakyatnya untuk beribadat
12 Oktober 2020
Mahkamah Wilayah Khabarovsk menyokong keputusan Mahkamah Daerah Industrialniy, dan kes itu dikembalikan kepada pejabat pendakwa
15 Disember 2021
Kes itu diserahkan lagi kepada Mahkamah Daerah Industrialniy
Profil
Kami yakin Yehuwa akan terus menyokong saudara saudari ini dan ramai lagi rakan seiman yang tergolong antara “banyak saksi yang bagaikan awan.”—Ibrani 12:1.