Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Sergey Gobozev; Kanan: Saudara Mikhail Potapov dan isterinya, Tamara

3 MEI 2022 | DIKEMASKINIKAN: 19 DISEMBER 2024
RUSIA

TERKINI—HUKUMAN DIUBAH | Dikuatkan menerusi Doa

TERKINI—HUKUMAN DIUBAH | Dikuatkan menerusi Doa

Pada 17 Disember 2024, Mahkamah Agung di Republik Udmurtia menjatuhkan hukuman penjara enam tahun atas Saudara Sergey Gobozev dan Mikhail Potapov berikutan rayuan yang dibuat. Mahkamah membuat keputusan ini meskipun Sergey telah membayar denda yang dikenakan pada Mac 2024. Sergey telah ditahan dengan serta-merta di bilik mahkamah.

Pada 25 Mac 2024, Mahkamah Daerah Votkinskiy di Republik Udmurtia mensabitkan Saudara Sergey Gobozev dan Mikhail Potapov. Mereka masing-masing dikenakan denda berjumlah 450,000 ruble (4,855 dolar Amerika) dan 400,000 ruble (4,316 dolar Amerika).

Garis Masa

  1. 20 Januari 2021

    Kes jenayah difailkan terhadap Sergey dan Mikhail. Mereka dituduh mengaturkan kegiatan organisasi ekstremis

  2. 21 Januari 2021

    Apartmen Sergey digeledah. Pihak berkuasa merampas barang peribadinya, seperti lesen memandu, dokumen kereta, alat elektronik, album foto, dan beberapa terjemahan Bible. Pihak berkuasa menangkap Mikhail dan menggeledah rumahnya

  3. 22 Januari 2021

    Sergey ditahan di rumah. Mikhail dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 18 Mei 2021

    Sergey tidak lagi ditahan di rumah tetapi masih dikenakan sekatan perjalanan

  5. 19 Mei 2021

    Mikhail dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan dikenakan sekatan perjalanan

  6. 7 Oktober 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Kita yakin Yehuwa akan terus menyokong Sergey dan Mikhail seraya mereka terus menguatkan iman sendiri dengan berdoa dan mengkaji Bible.—Kolose 2:6, 7.