Lompat ke kandungan

Saudara Oleg Danilov

31 MAC 2021
RUSIA

Saudara Oleg Danilov Dihukum Penjara Tiga Tahun selepas Perbicaraan yang Terburu-Buru

Saudara Oleg Danilov Dihukum Penjara Tiga Tahun selepas Perbicaraan yang Terburu-Buru

TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan Saudara Oleg Danilov

Pada 25 Mei 2021, Mahkamah Kawasan Krasnodar menolak rayuan yang dibuat dalam kes yang melibatkan Saudara Oleg Danilov. Hukuman penjara selama tiga tahun yang dijatuhkan atasnya masih berkuat kuasa.

Keputusan Mahkamah

Pada 30 Mac 2021, Mahkamah Daerah Abinskiy di Kawasan Krasnodar mengumumkan keputusannya dalam kes yang melibatkan Saudara Oleg Danilov. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Dia dibawa ke penjara sejurus selepas keputusan mahkamah diumumkan.

Profil

Oleg Danilov

  • Tahun Lahir: 1974 (Usolye-Sibirskoye, Siberia)

  • Biografi: Pada 1958, datuk dan neneknya belajar ajaran Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa yang dihukum pembuangan ke Siberia. Oleg dibesarkan oleh ibu bapa Kristian. Dibaptis pada 1991

  • Berkahwin dengan Nataliya pada 1995 dan mempunyai dua anak lelaki. Mereka sekeluarga gemar melancong dan menikmati alam semula jadi

Sejarah Kes

Rumah Saudara Danilov pertama kali dibongkar pada 29 April 2020. Ketika itu, pegawai penguat kuasa tidak menemui bahan bacaan yang dilarang tapi masih merampas telefon bimbit dan barang-barang peribadi milik keluarga itu. Walaupun tiada bukti, Oleg dijadikan sasaran dan siasatan jenayah dimulakan pada November 2020. “Jenayah” yang disyaki terhadapnya termasuk mengajar kelas agama, memberi ceramah, dan mengambil bahagian dalam perbincangan Bible.

Pada 2 Disember 2020, jam 6 pagi, pegawai penguat kuasa menyerbu rumah Oleg untuk kali kedua dan menggeladah rumahnya dengan lebih menyeluruh. Selepas itu, Oleg dibawa ke balai polis dan disoal siasat.

Proses perbicaraan Oleg dipercepatkan dan kesnya mula dibicarakan pada 23 Mac 2021. Penyiasat kes Oleg, yang bernama O. I. Komissarov, juga bertanggungjawab untuk menyiasat kes Saudara Aleksandr Ivshin (63 tahun). Saudara Ivshin merupakan salah seorang yang dijatuhkan hukuman penjara paling lama setakat ini, iaitu tujuh tahun setengah. Perbicaraan kesnya juga dilakukan dengan cepat pada Februari 2021.

Walaupun Oleg dan keluarganya sangat stres kerana semua kejadian tersebut, kita tahu bahawa Yehuwa, Tuhan kita, tidak akan lupa kerja yang mereka lakukan dan kasih yang mereka tunjukkan demi nama-Nya.—Ibrani 6:10.