20 OGOS 2020
RUSIA
Saudara Britvin dan Levchuk Mungkin Dijatuhkan Hukuman Penjara selama Enam Tahun Setengah
Keputusan Mahkamah
Dijangka pada 2 September 2020, a Mahkamah Bandar Berezovsky di Wilayah Kemerovo
Hukuman
Mungkin dipenjarakan enam tahun setengah
Profil
Sergey Britvin
Tahun Lahir: 1965 (Wilayah Kemerovo)
Biografi: Bekerja puluhan tahun sebagai pemandu lori dan kren. Bersara awal kerana masalah kesihatan. Suka bersukan
Berkahwin dengan Natalya pada 1992. Mula belajar Bible pada tahun 1995 selepas mengetahui janji Tuhan tentang pembangkitan. Beberapa tahun kemudian, Natalya mula belajar Bible. Dia kagum melihat iman suaminya dan perubahan yang dibuatnya
Vadim Levchuk
Tahun Lahir: 1972 (Wilayah Kemerovo)
Biografi: Dibesarkan dalam keluarga yang tidak kuat agama. Bekerja sebagai pelombong selama 14 tahun
Mula belajar Bible pada tahun 1992. Berkahwin dengan Tatiana pada 1997. Mereka ada dua anak lelaki. Mereka sekeluarga menghormati Bible. Mereka suka bersukan dan melakukan aktiviti di luar
Sejarah Kes
Pada 22 Julai 2018, pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) telah menyerbu lapan buah rumah Saksi di bandar Berezovsky. Pada masa itu, Saudara Britvin dan Levchuk telah ditahan dan disoal siasat. Kemudian mahkamah (Central District Court) di Kemerovo mengarahkan dua saudara kita ditahan sebelum perbicaraan. Mereka ditahan selama hampir setahun setengah. Pada 25 Disember 2019, mereka diperintahkan untuk ditahan di rumah.
Saudara Britvin dan Levchuk, dan tiga orang saudara lain di Wilayah Kemerovo, menghadapi tuduhan melakukan jenayah kerana iman mereka. Kita akan terus berdoa untuk saudara saudari kita di Rusia yang dipenjarakan. Ibrani 13:3 kata, “Ingatlah akan orang yang dipenjarakan, seolah-olah kamu juga dipenjarakan bersama-sama mereka. Ingatlah akan orang yang dilayan dengan buruk, seolah-olah kamu juga dilayan dengan buruk bersama-sama mereka.”
a Mungkin berubah