Lompat ke kandungan

Saudara Anatoliy Tokarev di luar mahkamah pada Ogos 2020

23 OKTOBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Mendenda Saudara Anatoliy Tokarev

Mahkamah Rusia Mendenda Saudara Anatoliy Tokarev

TERKINI | Mahkamah Rayuan Rusia Menolak Rayuan Saudara Tokarev

Pada 30 November 2021, Mahkamah Rayuan Bidang Kuasa Am yang Keenam menolak rayuan Saudara Anatoliy Tokarev. Dia perlu membayar denda yang dikenakan.

Pada 23 Oktober 2020, Mahkamah Daerah Oktyabrsky di Kirov mendapati Saudara Anatoliy Tokarev bersalah dan mendendanya 500,000 ruble (RM27,230). Dia mempunyai 10 hari untuk membuat rayuan.

Dalam pernyataannya yang terakhir kepada mahkamah, Saudara Tokarev berkata dengan berani, “Dalam konteks kes jenayah ini, pegawai penguatkuasaan undang-undang secara tidak langsung memberitahu saya, ‘Jika anda tidak meninggalkan kepercayaan anda, . . . anda akan dihukum dengan teruk di depan umum.’ . . . Tuan Yang Arif, pada hari pertama perbicaraan, saya telah berkata, dan sekarang saya berkata sekali lagi bahawa saya tidak dapat meninggalkan kepercayaan saya kepada Tuhan. . . . Sudah tentu, ancaman penjara atau bahkan kematian bagi saya, dan bagi mana-mana Saksi-Saksi Yehuwa, adalah suatu yang digeruni, dan tuduhan ekstremis merupakan celaan umum dan tidak munasabah atas nama saya. Pada masa yang sama, Tuan Yang Arif, saya tidak dapat meninggalkan Tuhan lalu kehilangan kasih-Nya.”