27 OGOS 2020
RUSIA
Keputusan Mahkamah tentang Pembebasan Awal Saudara Dennis Christensen Akan Diumumkan
Pada 4 September 2020, Mahkamah Wilayah Kursk akan mengumumkan sama ada Saudara Dennis Christensen akan dibebaskan dari penjara atau tidak. Saudara kita telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dipenjarakan sejak 25 Mei 2017. Pada 23 Jun 2020, Mahkamah Daerah Lgov menyatakan bahawa dia dapat dibebaskan lebih awal selepas membayar denda sebanyak 400,000 ruble ($5,300 A.S.). Namun, dua hari selepas keputusan itu diumumkan, pihak pendakwa membuat rayuan yang menghalang pembebasan awal Saudara Christensen.