Lompat ke kandungan

14 JULAI 2023
MEXICO

Empat Buku Pertama dalam Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Nahuatl (Huasteca)

Empat Buku Pertama dalam Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Nahuatl (Huasteca)

Pada 7 Julai 2023, Saudara Juan Angel Hernandez, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Amerika Tengah, telah mengumumkan pengeluaran empat buku pertama dalam Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Nahuatl (Huasteca). Pengumuman ini dibuat semasa hari pertama Konvensyen Serantau bahasa Nahuatl (Huasteca) “Teruslah Bersabar!” di Hidalgo, Mexico. Sesi konvensyen lain di Mexico yang diadakan di Negeri Mexico dan Nuevo León turut menonton siaran langsung program itu. Sejumlah 2,401 orang telah menyertainya. Pengeluaran itu tersedia dalam bentuk digital dan audio sejurus selepas ceramah tersebut disampaikan.

Walaupun terdapat Bible terjemahan lain dalam bahasa Nahuatl (Huasteca), Bible-Bible itu tidak mengandungi nama Yehuwa. Sering kali, bahasa yang digunakan juga susah difahami. Seorang penterjemah kata, “Semasa menggunakan terjemahan Bible lain, kami rasa seperti melihat cermin yang berkabus. Tetapi sekarang, kami dapat lihat dengan jelas sekali. Pembaca tidak lagi perlu menggunakan banyak masa untuk memahami kandungannya. Sebaliknya, mereka boleh meluangkan lebih banyak masa untuk membuat perenungan. Ini ialah hadiah daripada Yehuwa!”

Kita yakin bahawa terjemahan buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes akan bantu ramai lagi penutur bahasa Nahuatl (Huasteca) untuk ‘mengenal Yehuwa, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang diutus-Nya.’—Yohanes 17:3.