Lompat ke kandungan

2 FEBRUARI 2022
MADAGASCAR

Hujan Lebat Membanjiri Madagascar

Hujan Lebat Membanjiri Madagascar

Pada Januari 2022, hujan lebat menyebabkan banjir, tanah runtuh, dan bangunan roboh di Antananarivo, ibu negara Madagascar. Hujan lebat dijangka akan berterusan.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari kita yang tercedera atau terbunuh

  • Sekurang-kurangnya 693 penyiar terpaksa meninggalkan rumah mereka

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak

Bantuan yang Dihulurkan

  • Jawatankuasa Cawangan telah lantik satu Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) untuk atur bantuan kemanusiaan sambil mengikut langkah-langkah keselamatan COVID-19

  • DRC, penyelia litar, dan penatua tempatan sedang bantu saudara saudari secara rohani dan kebendaan dengan menyediakan tempat tinggal sementara, makanan, serta keperluan lain

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menjadi “kubu perlindungan” bagi saudara saudari kita pada saat yang mencabar ini.—Mazmur 31:2.