28 OGOS 2020
KOREA SELATAN
Musim Monsun yang Paling Teruk Melanda Korea Selatan
Lokasi
Korea Selatan
Bencana
Buat kali pertama, Korea dilanda musim monsun yang begitu panjang
Hujan lebat menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh
Kesan terhadap saudara saudari
16 penyiar terpaksa berpindah
Kerosakan rumah dan harta
30 buah rumah mengalami kerosakan
19 buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan
Bantuan yang dihulurkan
Pejabat cawangan Korea telah menubuhkan tiga Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC)
DRC dan para penyelia litar bekerjasama dengan penatua tempatan untuk membantu saudara saudari
Kerja pembersihan dan pembaikan dijalankan untuk rumah dan Dewan Perjumpaan yang mengalami kerosakan
Pengalaman
Bandar Gurye telah mengalami kemusnahan yang sangat teruk. Saudara Lee Min-seong dan isterinya terpaksa meninggalkan rumah dan harta benda mereka. Rumah mereka telah ditenggelami air. Selepas itu, wakil DRC telah membersihkan rumah Saudara Lee dan menyediakan barang keperluan asas. Mereka juga membantu pasangan itu dari segi emosi dan rohani. Saudari Lee kata, “Saya sangat bersyukur. Apa yang mereka buat sangat menyentuh hati saya. Mereka membantu membaiki rumah kami seolah-olah itu rumah mereka sendiri. Walaupun semua harta benda saya hilang, saya telah diberkati dengan berlimpah-limpah.”
Kita bersyukur kepada Yehuwa kerana Dia “melegakan hati kita” semasa kita menghadapi cabaran. Kita yakin Yehuwa akan terus menjaga saudara saudari kita di Korea.—2 Korintus 1:3, 4.