Lompat ke kandungan

Saudari-saudari dengan rak bahan bacaan berdekatan stadium yang digunakan untuk Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk

29 FEBRUARI 2024
KOREA SELATAN

Memberikan Kesaksian semasa Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2024 di Korea Selatan

Memberikan Kesaksian semasa Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2024 di Korea Selatan

Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2024 telah diadakan di empat lokasi di Korea Selatan dari 19 Januari hingga 1 Februari 2024. Ribuan atlet, wartawan, serta penonton dari lebih daripada 70 negara telah menghadiri acara ini. Lebih daripada 2,600 Saksi-Saksi Yehuwa telah menyertai kempen menginjil yang istimewa sempena acara ini. Rak kesaksian awam telah dipamerkan di 34 lokasi dan bahan bacaan Bible disediakan dalam empat bahasa.

Rak bahan bacaan telah dipamerkan di banyak lokasi di Gangneung, Korea Selatan

Seorang pemuda yang menuturkan bahasa Mandarin menghampiri dua saudara kita dan beritahu bahawa dia telah memperhatikan rak kita di beberapa lokasi. Namun, sebuah poster rak tentang kebahagiaan keluarga telah menarik perhatiannya dan dia ingin mendapatkan lebih banyak maklumat. Para saudara kita memberitahu dia bahawa dia boleh muat turun brosur Keluarga Anda Boleh Bahagia dalam bahasa Mandarin di jw.org. Pemuda itu dengan segera melayari laman web kita di telefon bimbitnya. Dia juga sangat menghargai bantuan yang dia terima daripada para saudara kita.

Sepasang suami isteri Saksi memberikan kesaksian yang tidak formal kepada seorang lelaki dari Ukraine. Oleh kerana mereka tidak tahu menuturkan bahasa lelaki itu, mereka menggunakan sebuah aplikasi penterjemahan untuk saling berkomunikasi. Lelaki itu mengongsi gambar yang menunjukkan kemusnahan di kampung halamannya akibat serangan peluru berpandu. Pasangan Saksi tersebut turut bersimpati terhadap situasinya. Maka, mereka menunjukkan ayat Bible yang menjelaskan bahawa peperangan akan dilenyapkan tidak lama lagi. Apabila dia membaca janji Bible ini dalam bahasanya sendiri, hatinya tersentuh. Aturan telah dibuat untuk menghubunginya dan meneruskan perbincangan itu.

Seorang saudari memberikan kesaksian tidak formal kepada satu pasangan di Gangneung Olympic Park

Seorang saudari yang bernama In-Sook berbual dalam bahasa Inggeris dengan seorang atlet muda dan ibunya yang berasal dari Eropah. Saudari kita menunjukkan beberapa topik di bahagian “Membesarkan Remaja” dalam laman web kita. Ibu itu gembira untuk mengetahui laman web ini dan beritahu bahawa dia akan melayarinya lagi.

Kita tumpang gembira dengan saudara saudari kita di Korea Selatan yang dapat memberikan kesaksian kepada ramai orang semasa acara antarabangsa ini dan ‘memuji nama Yehuwa.’—Mazmur 148:13.