20 MAC 2023
JERMAN
Penembak Menyerang Dewan Perjumpaan di Hamburg, Jerman
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, satu kejadian yang menyedihkan telah berlaku pada 9 Mac 2023. Ketika itu, seorang penembak menyerang sidang Hamburg-Winterhude selepas perjumpaan pertengahan minggu telah tamat. Beberapa saudara saudari terkorban dan tercedera akibat tragedi ini. Pasukan polis telah tiba dan menghentikan serangan tersebut. Kemudian, penembak itu telah mengambil nyawanya sendiri. Saksi-Saksi Yehuwa di Jerman dan di serata dunia amat berterima kasih atas semua sokongan dan kata-kata galakan yang disampaikan oleh ramai individu, organisasi, dan pihak berkuasa. Kasih dan kebaikan hati mereka amat menyentuh hati kita.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, 4 saudara, 2 saudari, dan bayi dalam kandungan seorang saudari yang tercedera turut terkorban
2 saudara dan 7 saudari tercedera
Bantuan yang Dihulurkan
Beberapa wakil cawangan Eropah Tengah, dua penyelia litar, dan penatua tempatan sedang memberikan bantuan dan kelegaan
Sebagai umat Tuhan yang bersatu padu, kita terus berdoa untuk mereka yang terjejas akibat tragedi ini. Yehuwa ialah “kubu perlindungan pada masa kesusahan.” (Nahum 1:7) Dia akan bantu kita mengharungi masa yang susah ini dan terus menjalankan kegiatan ibadat kita dengan aman.