Lompat ke kandungan

18 SEPTEMBER 2023
HONG KONG

Hong Kong Dilanda Banjir Akibat Hujan Ribut

Hong Kong Dilanda Banjir Akibat Hujan Ribut

Dari 7-8 September 2023, hujan ribut telah menyebabkan Hong Kong dilanda banjir. Dalam masa 24 jam saja, hampir 60 sentimeter hujan turun di kawasan itu, iaitu satu perempat daripada jumlah purata hujan tahunan. Selain itu, pihak berkuasa dan penduduk tempatan masih sedang menanggung kesan daripada Taufan Saola yang telah melanda Hong Kong seminggu sebelum itu. Hujan ribut ini juga membawa banjir kilat dan tanah runtuh yang telah merosakkan banyak infrastruktur di Hong Kong. Ramai penduduk juga tercedera atau terpaksa berpindah.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Sedihnya, 1 saudara terkorban akibat banjir

  • 1 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah

Bantuan yang Dihulurkan

  • Penatua tempatan sedang menghulurkan bantuan praktikal dan sokongan rohani kepada mereka yang terjejas akibat banjir

Kita amat sedih atas kematian saudara kita. Kita menantikan masanya apabila Yehuwa, “Tuhan yang melegakan hati kita,” melenyapkan semua bencana alam.—2 Korintus 1:3.