Lompat ke kandungan

29 JANUARI 2025
CAMEROON

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Duala

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Duala

Pada 19 Januari 2025, Saudara Douglas Dunsire, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Cameroon, mengeluarkan buku Matius dalam bahasa Duala. Pengumuman ini dibuat semasa program istimewa yang diadakan di bandar Duala, Cameroon. Seramai 995 orang telah menghadirinya, dan 43 orang telah menonton program ini melalui persidangan video. Pengeluaran itu dapat dimuat turun dengan serta-merta daripada jw.org dan aplikasi JW Library. Edisi bercetak akan dikeluarkan selepas Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu disediakan dalam bahasa Duala.

Sekurang-kurangnya sejuta orang di Cameroon menggunakan bahasa Duala. Bible lengkap yang pertama dalam bahasa Duala telah diterbitkan sebelum tahun 1900, dan masih digunakan sekarang. Bible itu juga mengandungi nama Tuhan, iaitu Yehuwa, di bahagian yang dikenali sebagai Perjanjian Lama. Sejak 1950, Saksi-Saksi Yehuwa mula menerbitkan bahan bacaan Bible dalam bahasa Duala. Tetapi terdapat sekatan terhadap aktiviti para Saksi di Cameroon dari tahun 1970 hingga 1993. Akibatnya, kerja terjemahan tergendala. Hari ini, sekitar 900 saudara saudari berkhidmat di 18 sidang bahasa Duala di Cameroon. Saudara saudari ini tidak sabar-sabar menggunakan pengeluaran buku Matius semasa mengendalikan lebih daripada 900 pembelajaran Bible.