Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Bandingkanlah Kepercayaan Anda dengan Ajaran Bible

Bandingkanlah Kepercayaan Anda dengan Ajaran Bible

ADAKAH anda menganggap diri seorang Kristian? Jika ya, anda merupakan salah seorang daripada dua bilion orang yang menganggap diri mereka pengikut Kristus. Hari ini, terdapat ribuan aliran Kristian. Namun, ajaran dan pandangan mereka berbeza. Jadi, adakah apa yang anda percaya itu penting? Sudah tentu, terutamanya jika anda ingin mengamalkan agama Kristian yang benar.

Pengikut Yesus Kristus pada abad pertama digelar sebagai “Kristian.” (Kisah 11:26) Mereka tidak perlu gelaran lain kerana hanya terdapat satu agama Kristian sahaja. Semua orang Kristian mengikut ajaran dan arahan Pengasas agama Kristian, iaitu Yesus Kristus. Bagaimana pula dengan gereja anda? Adakah gereja anda mengajar apa yang diajarkan Kristus? Adakah gereja anda mengajar apa yang dipercayai pengikut Kristus pada abad pertama? Bagaimanakah anda boleh pastikan hal ini? Hanya terdapat satu cara, anda perlu membuat perbandingan dengan ajaran Bible.

Fikirkan hal ini: Yesus Kristus percaya bahawa Ayat-Ayat Suci ialah Firman Tuhan. Dia tidak setuju dengan mereka yang mengutamakan tradisi manusia dan bukannya ajaran Bible. (Markus 7:9-13) Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa kepercayaan pengikut Yesus berdasarkan Bible. Oleh itu, setiap orang Kristian harus menanya diri, “Adakah ajaran gereja saya selaras dengan ajaran Bible?” Untuk menjawab soalan itu, apa kata anda bandingkan ajaran gereja dengan ajaran Bible?

Yesus mengatakan bahawa penyembahan kita mesti berdasarkan kebenaran, dan kebenaran itu boleh ditemui dalam Bible. (Yohanes 4:24; 17:17) Rasul Paulus mengatakan bahawa penyelamatan kita bergantung pada “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.” (1 Timotius 2:4) Maka, adalah penting bahawa kepercayaan kita berdasarkan ajaran Bible yang tepat. Hal ini melibatkan hidup mati kita!

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERBANDINGAN?

Sila baca keenam-enam soalan berikut dan perhatikan apa jawapan Bible. Bukalah ayat Bible yang tertera dan fikirkan jawapannya dengan mendalam. Kemudian, tanyalah diri, “Adakah ajaran gereja saya selaras dengan ajaran Bible?”

Kuiz singkat ini dapat membantu anda untuk membuat perbandingan. Sudikah anda membandingkan ajaran gereja anda dengan ajaran Bible? Saksi-Saksi Yehuwa gembira untuk membantu anda menyelidiki ajaran Bible yang tepat. Mohonlah pembelajaran Bible yang percuma daripada Saksi-Saksi Yehuwa, atau layarilah laman web kami di jw.org/ms.